ESEI: BENDUNG KEGANASAN RUMAH TANGGA...!
IDEA-IDEA PENTING:-
(Usaha-usaha membendung keganasan dalam rumah tangga) -
- Pasangan perlu menjalani kehidupan yang harmoni dan sentiasa memupuk kasih sayang.
- Setiap pasangan wajib tahu dan jujur dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing.
- Masalah yang wujud perlu dibendung dari awal.
- Pasangan mestilah bijak mengenal pasti punca berlakunya sesuatu masalah dan cuba mengelaknya.
- Pasangan perlu berbincang tentang masalah yang timbul dan mesti ada sifat dan sikap tolak ansur.
- Pasangan mestilah mengakui kelemahan dan kekurangan masing-masing dan bersedia melakukan perubahan demi kebaikan bersama-sama.
- Mendapatkan bantuan orang ketiga dalam kalangan ahli keluarga.
- Mendapatkan kaunseling dan rawatan doktor jika berlaku kecederaan.
- Mangsa wajar melaporkan kes penderaan dan keganasan rumah tangga kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Pasangan mestilah mempunyai pendidikan agama yang mantap, jika tidak mereka perlu berusaha belajar agama dan mengamalkannya.
- Usaha daripada semua pihak untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat kerana banyak kes keganasan berpunca daripada masalah ekonomi rumah tangga.
- Masyarakat sekeliling mestilah peka dan segera melaporkan kes penderaan dan keganasan kepada pihak berwajib.
- Kempen kesedaran dan pendidikan kekeluargaan hendaklah sentiasa dilaksanakan.
- Peranan media massa sebagai ejen perubahan masyarakat.
- Keberkesanan tindakan pihak berwajib hendaklah ditingkatkan.
- Penggubalan undang-undang baharu yang lebih berat agar kes ini dapat dikurangkan.
- Pengaruh keganasan yang dihidangkan oleh filem-filem perlu dikawal.
Comments
Post a Comment