PENAJA

RAKAN ILMU

Friday, 12 June 2015

ESEI: FAEDAH BELAJAR KUMPULAN...!



KARANGAN BAHAGIAN A (30 markah)

Dalam zaman yang penuh persaingan ini, para pelajar sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu demi mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik. Menetapkan matlamat, menyediakan jadual waktu yang praktikal, menghadiri kelas tuisyen dan mengulang kaji pelajaran setiap hari merupakan usaha-usaha yang dilakukan oleh pelajar demi mencapai kejayaan.
Namun, belajar secara berkumpulan boleh dikatakan sebagai batu loncatan ke arah kejayaan kerana usaha ini boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar-pelajar.
 
Belajar secara kumpulan memberikan suasana belajar yang menyeronokkan. Seseorang pelajar akan dapat belajar atau membuat ulang kaji dengan perasaan yang ceria tanpa tekanan daripada guru-guru. Hal ini demikian kerana rakan-rakan merupakan orang yang paling dekat dengan pelajar selain ahli keluarga. Contohnya, seseorang yang pemalu tidak berani bertanya kepada guru apabila dia menghadapi masalah dalam pelajaran. Sebaliknya dia akan bertanya dan mengeluarkan buah fikirannya di depan rakan-rakan. Justeru, belajar secara berkumpulan bukan sahaja dapat memberikan suasana belajar yang menyeronokkan malahan membuka peluang kepada pelajar untuk memajukan diri dalam pelajaran dengan acuan sendiri.
 
Selain itu, para pelajar dapat berkongsi ilmu sesama mereka melalui kaedah belajar secara berkumpulan. Mereka berpeluang untuk bertukat-tukar pendapat dan pandangan tentang kaedah menjawab soalan, bertukar nota pelajaran dan lain-lain. Mereka boleh berkongsi ilmu tentang sesuatu mata pelajaran dan bekerjasma menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Seseorang pelajar yang menghadiri kelas tuisyen akan lebih menguasai sesuatu ilmu berbanding dengan pelajar yang tidak berpeluang menghadiri kelas tuisyen. Melalui perbincangan secara berkumpulan, pelajar-pelajar dapat mengukuhkan kemahiran dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki kelak.
 
Bak kata pepatah, muafakat membawa berkat, belajar secara berkumpulan dapat memupuk semangat kerjasama dalam diri pelajar di samping dapat menerapkan nilai toleransi. Para pelajar dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan cepat dan berkesan melalui semangat kerjasama yang diamalkan. Contohnya, seseorang pelajar dapat menghasilkan karangan yang lebih baik dengan adanya maklumat dan idea yang lebih relevan daripada rakan-rakan. Natijahnya, belajar secara berkumpulan bukan saja dapat memupuk semangat bersatu padu, malah dapat mengeratkan hubungan sesama mereka dan meningkatkan prestasi mereka dalam akademik.
 
Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan merupakan langkah yang bijak bagi pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan. Sebagai bakal pemimpin negara, kita seyogianya melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan memanfaatkan kaedah belajar secara berkumpulan untuk menjadi seorang yang cemerlang dan seterusnya memberikan sumbangan bermakna kepada negara pada suatu masa nanti.
 
(381 patah kata)
 

 
  • Contoh jawapan calon SPM 2011 (sedikit pengubahsuaian)
  • Calon ini mendapat markah cemerlang

22 comments:

  1. trima kasih..maklumat ini sngt berguna^^…

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kembali kerana blog Cikgu untuk memajukan diri anda.

    ReplyDelete
  3. tertinggal, .... kerana menggunakan blog .....

    ReplyDelete
  4. Terima kasih cikgu..sye dpt idea yg lebih bnyk utk menyiapkan kerja rumah saya

    ReplyDelete
  5. baik digunakan untuk karangan..... terima kasih

    ReplyDelete
  6. karangan tersebut sangat berguna. Harap-harap anda boleh meneruskan mempamerkan karangan yang bagus ini!.... kena TIPOO!!!!

    ReplyDelete
  7. karangan ini sangat bagus dan sngat boleh digunakan untuk menjawab peperiksaan

    ReplyDelete
  8. terimakasih kepada sapa yang buat buat karangan ini kerana saya dapat menjawab peperiksaan dengan lebih tenang

    ReplyDelete
  9. Amat berguna kepada saya. 😁😁😁

    ReplyDelete
  10. KARANGAN INI SUDAH MENJADI KARANGAN UPSR

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete

PROMOSI III