ESEI: FAKTOR BUAH-BUAHAN TEMPATAN TIDAK DIGEMARI...!


Soalan:
Buah-buahan tempatan banyak khasiat dan harganya pula lebih murah. Namun sejak akhir-akhir ini, buah-buahan tempatan semakin tidak mendapat tempat di hati masyarakat berbanding buah-buahan import. Pada pendapat anda apakah faktor-faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku?

PENDAHULUAN:-
  • Pengambilan buah-buahan dalam menu makanan harian kita amat penting demi kelangsungan kesihatan tubuh badan.
  • Buah-buahan yang banyak mengandungi vitamin C, mineral dan serat amat diperlukan oleh tubuh badan kita.
  • Sejak akhir-akhir ini masyarakat Malaysia kurang mengambil buah-buahan sebagai diet harian dan lebih malang lagi apabila kita lebih mengutamakan buah-buahan import daripada buah-buahan tempatan.
  • Banyak faktor yang menyebabkan fenomena ini terus berlaku.
ISI-ISI / IDEA-IDEA PENTING:-
  • Kaedah pemasaran buah-buahan tempatan agak ketinggalan - tidak kelihatan menarik, hanya di pasarkan di gerai-gerai dan di kampung-kampung.
  • Sebaliknya buah-buahan import dipasarkan di pasar-pasar raya terkemuka dengan kaedah pameran dan pembalutan yang lebih menarik.
  • Buah-buahan tempatan dihasilkan secara bermusim bukannya sepanjang tahun - menyukarkan pengguna (masyarakat) untuk memperolehnya.
  • Sikap anggota masyarakat yang terlalu memandang tinggi terhadap semua barangan import termasuklah buah-buahan.
  • Buah-buahan tempatan lebih cepat rosak atau busuk berbanding buah-buahan tempatan.
  • Iklan pemasaran buah-buahan import lebih mendominasikan sehingga sesetengah generasi muda langsung tidak mengenali buah-buahan tempatan.
  • Penghasilan pelbagai jenis produk makanan berasaskan buah-buahan import lebih inovatif seperti penghasilan minuman yogurt, kek, biskut coklat dan sebaginya.
  • Kurangnya kempen kesedaran bagi menggalakkan pembelian buah-buahan tempatan oleh agensi kerajaan dan swasta.
  • Salah tanggapan masyarakat yang berpendapat sesetengah buah-buahan tempatan berbahaya kepada kesihatan tubuh badan misalnya menjadi punca penyakit kencing manis, darah tinggi dan lain-lainnya.
  • Sesetengah buah-buahan tempatan sukar diperoleh di pasaran berbanding buah-buahan import yang banyak dipasarkan di mana-mana sahaja.
  • Kelemahan teknologi pertanian negara juga menyebabkan penghasilan buah-buahan tempatan tidak berlaku dengan pesat berbanding dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.
  • Kebanyakan penghasilan buah-buahan tempatan masih menggunakan kaedah lama yang kurang produktif dan juga mudah alah kepada faktor cuaca.
  • Anggoota masyarakat perlu didedahkan tentang kebaikan buah-buahan tempatan secara drastik terutamanya golongan muda dan kanak-kanak.
  • Harga buah-buahan import juga lebih kurang sama dengan harga buah-buahan tempatan - sepatutnya kerajaan mengenakan cukai yang lebih tinggi terhadap buah-buahan import supaya harganya lebih tinggi berbanding buah-buahan tempatan.

Comments

Post a Comment

Popular Posts