ESEI: MENTAATI ALLAH...


PENDAHULUAN:-
  • Mutakhir ini, pelbagai gejala sosial melanda masyarakat kita, khususnya golongan remaja.
  • Pelbagai masalah sosial dapat dilihat di depan mata kita, melalui media massa.
  • Pergaulan bebas, pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah, penderaan dan pembunuhan, berpakaian tidak menutup aurat, dan pelbagai lagi aktiviti yang tidak bermoral menjadi tidak asing lagi dalam masyarakat kita.
  • Perlakuan liar dan tidak bertamadun ini sebenarnya bermula dari rumah yang merupakan sekolah paling awal bagi seseorang individu menerima pendidikan.
ISI-ISI / IDEA-IDEA PENTING:-

Sesungguhnya segala permasalahan yang melibatkan kebejatan sosial masyarakat hari ini adalah berakar umbi daripada kegagalan umat manusia mentaati segala perintah Allah yang maha kuasa. Jadi sebagai penawar kepada musibah yang bermaharajalela ini, kita sebagai anggota masyarakat yang prihatin mestilah segera mendekatkan diri kepada-Nya dengan cara mentaati dan menuruti segala perintah-Nya.
  • Tanggungjawab yang mesti ditunaikan oleh ibu bapa adalah dengan menyuburkan jiwa ahli keluarga dengan nur keimanan seperti menunaikan tuntutan mendirikan solat wajib lima waktu. "Sesungguhnya mengerjakan solat itu sangat berat melainkan bagi orang yang ada kesungguhan, ketabahan, memiliki iman yang kukuh dan teguh.
  • Ibu bapa mestilah mengasuh ahli keluarga dengan nilai murni yang bersumberkan al-Quran dan sunah Rasulullah SAW. Hal ini demikian akan terpantullah keelokan akhlak seseorang itu sebagaimana keperibadian junjungan besar Rasulullah SAW.
  • Menjaga hubungan antara kita dengan Allah, kita dengan Rasul mulia, dan kita sesama manusia akan menghasilkan perbuatan dan tindakan yang terpuji seperti melestarikan kebiasaan yang baik dan bermanfaat, mempunyai keinginan yang baik, menghormati manusia tanpa mengira pangkat dan keturunan, mengutamakan kepentingan orang lain daripada kepentingan sendiri, membenci segala bentuk kemungkaran dan bersemangat untuk mempertahankan kesucian Islam.
  • Setiap mukmin wajib mencintai kebahagiaan dan keselamatan hidup yang hakiki dengan cara mengambil berat tentang ajaran Islam seperti berusaha bersungguh-sungguh memantapkan keimanan diri, keluarga, mahupun masyarakat Islam seluruhnya.
  • Meremehkan ajaran Islam ataupun tidak mentaati Allah  bermakna kita sengaja memilih jalan yang sesat. Hidup yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata akan melahirkan masyarakat yang keliru, mewarisi kehidupan yang tidak bertamadun dan menghidupkan kembali masyarakat jahiliah pada zaman moden ini.  

Comments

Popular Posts