PERBURU-PERTAPA...!
Perburu dan pertapa merupakan antara kata nama yang jarang-jarang digunakan oleh pelajar. Mungkin disebabkan faktor itulah maka, ramai antara pelajar yang gagal mengetahui makna dan cara penggunaannya dalam ayat.
Kata 'perburu' membawa maksud orang yang memburu binatang ataupun pemburu binatang. Contoh penggunaan dalam ayat:-
- Bapa saya seorang perburu haiwan liar berlesen.
- Perburu itu ditahan kerana kesalahan memburu haiwan yang dilindungi.
'Pertapa' pula bermaksud orang yang bertapa, iaitu orang yang menuntut sesuatu ilmu secara mengasingkan diri dt tempat-tempat tertentu seperti di gua, di gunung, di pulau dan sebagainya. Contoh penggunaan dalam ayat ialah:-
- Hang Tuah pergi berguru dengan seorang pertapa di Gunung Ledang.
- Seseorang pertapa terpaksa menghadapi pelbagai cabaran ketika mendalami sesuatu ilmu persilatan.
Comments
Post a Comment