MENGALUKAN / MENGALU-NGALUKAN...!


  • Kami mengalukan/mengalu-alukan/mengalu-ngalukan ketibaan tetamu undangan itu.
Jika anda diberikan pilihan, yang manakah yang anda pilih sama ada mengalukan atau mengalu-alukan, atau mengalu-ngalukan? Sebenarnya kata dasar untuk ketiga-tiga pilihan di atas ialah 'alu'. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kata 'alu' ialah antan iaitu alat penumbuk yang menjadi pasangan kepada lesung. Manakala maksud kata dasar itu berubah apabila diberikan imbuhan. Lihat contoh di bawah:-
  • alu  > antan
  • mengalukan  > menjadi seperti alu
  • mengalu-alukan  > membuat menjadi alu
  • mengalu-ngalukan  > menyambut ketibaan seseorang, atau sesuatu yang diberikan seperti bantuan, cadangan, tindakan dan seumpamanya.

Comments

Popular Posts