GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM...!


TEMA:-
  • Nasihat bagi memilih orang yang ingin kita dampingi.
PERSOALAN:-
  • Kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan kita.
  • Kebijaksanaan dalam memilih guru.
  • Kepentingan mempunyai isteri yang setia
NILAI:-
  • Kebijaksanaan [Kebijaksanaan memilih sahabat, guru dan isteri yang mendatangkan manfaat kepadanya].
  • Ketaatan [Seseorang isteri perlu taat dan setia kepada suami].
  • Keikhlasan [Seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan].
MAKSUD GURINDAM:-
GURINDAM
MAKSUD
Cahari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.
Saranan supaya memilih teman yang dapat membantu kita ketika susah dan senang.
Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan setiap seteru.
Saranan agar berguru dengan orang yang berilmu dan dapat menyelesaikan setiap permasalahan.
Cahari olehmu akan isteri,
Yang boleh menyerahkan diri.
Saranan supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami.
Cahari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang setiawan.
Saranan agar mencari kawan yang memiliki semangat setia kawan.

Comments

Popular Posts