MARCAPADA / MARCAPADA INI...!


Kata 'mutakhir' ini, 'belakangan' ini, 'dewasa' ini, 'sejak' akhir-akhir ini, sering kita temukan pada permulaan ayat perenggan pendahuluan sesuatu karangan pelajar. Hal ini demikian merupakan perkara-perkara biasa atau sudah lumrah. Tetapi bagaimana pula dengan penggunaan kata 'marcapada'? Perkataan ini pun sering menjadi pilihan pelajar. Apakah maksud kata 'marcapada' ini? Bolehkah 'marcapada' digunakan sebagai kata yang menggantikan kata-kata seperti di atas?
  • Marcapada bermaksud 'dunia sekarang ini'.
  • Penggunaan marcapada yang BETUL:-
  1. Dalam marcapada yang penuh dengan persaingan, kita perlu tabah dan bijak bertindak.
  2. Banyak pelajar yang kecundang oleh marcapada yang penuh tipu daya.
Penggunaan 'marcapada' akan menjadi tidak gramatis ataupun 'salah' jika berlaku pertindihan maksud ataupun makna, lihat contoh di bawah:-
  • Dalam marcapada ini, kejayaan negara kita sering dicemburui musuh. [ Ayat ini menjadi salah kerana penggunaan kata marcapada dan ini sebenarnya akan membawa maksud 'dalam (dunia sekarang ini) ini'] - penggunaan yang dianggap lewah dalam bahasa Melayu.
  • Ayat itu sepatutnya ditulis:- Dalam marcapada, kejayaan negara kita sering dicemburui musuh.

Comments

  1. Saya pun mendapat info drp blog anda. Tq

    ReplyDelete
  2. Kalau buat 'marcapada ini' je boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam marcapada ini, kejayaan negara kita sering dicemburui musuh. [ Ayat ini menjadi salah kerana penggunaan kata marcapada dan ini sebenarnya akan membawa maksud 'dalam (dunia sekarang ini) ini'] - penggunaan yang dianggap lewah dalam bahasa Melayu.

      Delete
  3. ooo baru sy faham...tq info

    ReplyDelete
  4. trimas sangat membantu saya tenkayu aleh din

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas bantuan anda

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts