ESEI: KEBAIKAN KOPERASI...!
PENDAHULUAN:-
- Koperasi ialah sebuah organisasi yang menjalankan urusan perniagaan barangan dan perkhidmatan.
- Ditubuhkan mengikut Akta Koperasi.
- Ditadbirkan oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam mesyuarat agung.
- Semua ahli koperasi merupakan pemegang saham koperasi tersebut.
- Pelajar-pelajar berpeluang menjadi pemegang saham syarikat sekali gus mendapat untung dalam bentuk dividen dan bonus.
- Pelajar berpeluang mengetahui asas selok-belok mengendalikan urusan perniagaan.
- Ahli-ahli koperasi (pelajar) terlibat dalam aktiviti jual beli, membuat akaun, pemasaran dan perbekalan.
- Pelajar-pelajar dapat membeli barangan keperluan di koperasi dengan harga yang lebih murah.
- Mengurangkan kebergantungan pelajar kepada kedai-kedai atau pusat beli belah di luar sekolah.
- Mendidik pelajar tentang cara berbelanja yang membantu mereka lebih berjimat cermat.
- Menanam rasa minat berniaga kepada pelajar terutamanya ahli koperasi.
- Menggalakkan pelajar melibatkan diri dengan aktiviti berfaedah seperti menjadi ahli koperasi.
- Memberikan perkhidmatan peruncitan dan perkhidmatan terbaik kepada pelajar.
- Keuntungan yang diperoleh koperasi dapat digunakan untuk membantu membiayai program khusus untuk pelajar.
- Koperasi boleh menjadi orang tengah kepada guru dengan pelajar ketika mahu berurusan membuat tempahan buku dengan pembekal di luar.
- Membantu membina rasa cinta pelajar akan sekolah dengan cara menjual cenderamata dan peralatan sekolah yang bercirikan sekolah masing-masing.
- Menggalakkan pelajar menabung.
- Melahirkan pelajar yang lebih yakin ketika berkomunikasi, pintar bergaul dan matang dalam membuat keputusan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWow, thx
ReplyDeletegood
ReplyDelete