CENDERAMATA / CENDERAHATI / CENDERADURJA...!

Perkataan cenderahati dan cenderamata sering menimbulkan tanda tanya. Sesetengah orang berpendapat bahawa perkataan cenderahati tidak wujud dan dianggap tidak gramatis jika digunakan. Sebenarnya perkataan cenderamata ataupun cenderahati yang sama-sama membawa makna hadiah atau buah tangan boleh digunakan. Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, di muka surat 264, menjelaskan bahawa cenderahati sama maksud dengan cenderamata.
Malah ada satu lagi perkataan yang juga membawa maksud hadiah atau cenderamata atau cenderahati iaitu cenderadurja.
Contoh penggunaan dalam ayat:-
- Guru yang akan bersara itu banyak menerima cenderamata daripada para pelajar.
- Guru yang akan bersara itu banyak menerima cenderahati daripada para pelajar.
- Guru yang akan bersara itu banyak menerima cenderadurja daripada para pelajar.
Comments
Post a Comment