SINOPSIS: SUTERA DALAM LUKISAN (BAB 4)...!
BAB 4: SIAPA YANG MENGERTI HATINYA
- Pada awal pagi, Alias mengarahkan Hafiz membasuh motornya. Opah Arah, nenek kepada Alias muncul sehingga mengejutkan Hafiz. Opah Arah mempunyai perangai seperti Alias, iaitu amat tidak bertimbang rasa kepadanya. Sekiranya Alias mengapa-apakannya, orang tua itu bukan sahaja tidak mahu melarang malah seperti menggalakkannya pula. (latar masa, tempat dan perwatakan)
- Hafiz dapat merasakan kebencian Opah Arah melalui air muka dan matanya, dan seolah-olah Opah Arah berdendam padanya. Dia sangat takut akan Opah Arah.
- Hafiz berhati-hati memcuci motor Alias kerana tidak mahu tercalar sehingga boleh menaikkan kemarahan Alias. Jika Alias marah, apa-apa yang diharapkannya daripada Alias akan hampa sahaja.
- Walaupun diperlakukan macam-macam oleh Alias, dia tidak pernah serik. Ramai orang menasihatinya supaya menjauhi Alias, tetapi semua itu tidak diendahkannya. Alias seperti seorang raja yang menguasai dirinya. (perwatakan dalaman)
- Alias berbual-bual dengan Sahak dan Sani yang merupakan sahabat karibnya. Mereka berbual-bual tentang Adila. Mereka tidak percaya Adila yang berkelulusan universiti datang ke kampung untuk menoreh getah. Sahak dan Sani mencabar Alias supaya mendapatkan Adila. Puji-memuji dan bermegah merupakan kebiasaan perbualan mereka seolah-olah merekalah wira. (dialog)
- Hafiz mendapatkan Alias setelah sudah membasuh motosikalnya. Alias mengarahkan supaya Hafis pergi tanpa memberi satu sen pun. Hafiz tidak berganjak dan akan menuntut janji yang diberikan kepadanya. Andai sesiapa menjanjikan sesuatu kepadanya, dia dengan tegas mendakwa janji itu ditunaikan. Walaupun dia kenal sifat Alias, tetapi dia tidak mahu beralah. (perwatakan dalaman)
- Alias meluru ke arah Hafiz tetapi tidak sempat menampar Hafiz kerana Mak Som melarang. Mak Som mengajak Hafiz ke dapur untuk sarapan dan memberinya seringgit. Mak Som menasihati Hafiz supaya tidak menurut kehendak atau suruhan Alias. (latar masyarakat)
Comments
Post a Comment