KK SEBAGAI KSN...!

Sejumlah kata kerja (KK) di samping berfungsi sebagai kata kerja, juga berfungsi sebagai kata sendi nama (KSN). Seperti dalam kes biasa, tidak gramatis jika kata kerja digunakan berturut-turut dalam satu-satu ayat, contohnya:-
  1. Amin berlari (KK) menendang (KK) bola.  X ; ayat ini sepatutnya ditulis Amin berlari sambil / dan menendang bola. ( antara KK tersebut mestilah disisipkan KSN / KH )
Antara contoh KK yang juga berfungsi sebagai KSN ialah mengenai, melalui, menerusi, menjelang dan mengikut.
Disebabkan sesetengah kata kerja berfungsi sebagai kata sendi nama, maka masalah seperti di atas tidak lagi timbul. KK tersebut boleh digunakan berturut-turut dalam ayat, contohnya:-
  • Amin bercerita (KK) mengenai (KK) pengalamannya ketika di perantauan.
'mengenai' boleh bertukar ganti dengan kata sendi nama tentang.
  • Dia berjalan (KK) mengikut (KK) kata hatinya.
  • Emak keluar (KK) melalui(KK) lubang itu.
'melalui boleh bertukar ganti dengan kata sendi nama dari.

Comments

Popular Posts