PUN RAPAT, PUN JAUH...!



  • 'Pun' tergolong dalam jenis kata tugas yang disebut sebagai 'partikel'
  • Terdapat DUA cara menggunakan 'pun' iaitu secara terpisah dan secara rapat atau berangkai.
  • Bagi 'pun' yang membawa maksud JUGA, 'pun' hendaklah ditulis terpisah (jauh) dari kata yang mendahuluinya. Lihat contoh di bawah:-
  1. Mereka pun pergi. / Mereka juga pergi.
  2. Apa-apa pun yang kaubuat.... ./ Apa-apa juga yang kaubuat...
  3. Ali pun terpilih. / Ali juga terpilih.
  • Bagi 'pun' yang digunakan bersama-sama kata hubung, ejaannya ditulis serangkai dengan kata hubung tersebut.
  • Terdapat 13 kata hubung yang ditulis serangkai dengan 'pun' iaitu:-
  1. adapun
  2. lagipun
  3. ataupun
  4. walaupun
  5. andaipun
  6. sekalipun
  7. kalaupun
  8. biarpun
  9. sungguhpun
  10. mahupun
  11. meskipun
  12. kendatipun
  13. bagaimanapun

Comments

Popular Posts