JUSTERU...!
Kita sering menggunakan perkataan 'justeru' sebagai kata hubung ketika membina sesetengah ayat. Namun disebabkan kecuaian diri sendiri, secara tidak sedar kita telah menyalahgunakan 'justeru' dari segi makna dan penggunaannya.
- Perkataan 'justeru' membawa maksud malahan atau bahkan.
- Contoh penggunaan dalam ayat ialah:-
- Saya tidak pernah memburuk-burukkannya, justeru saya sering memuji-mujinya.
- Namun begitu pada sesetengah pengguna bahasa, mereka beranggapan bahawa 'justeru' membawa maksud oleh itu. Tanggapan yang salah ini akan menyebabkan penciptaan ayat-ayat yang tidak tepat dan tidak gramatis, contohnya:-
- Banyak remaja pada hari ini terjebak oleh gejala dadah, justeru kita patut mengambil langkah yang lebih berkesan untuk menanganinya.
Terima kasih atas pencerahan ini cikgu.
ReplyDeleteSama-sama.
ReplyDelete