RINGKASAN: SOALAN PMR 2012...!
Sumber: BM2, PMR 2012, Lembaga Peperiksaan.
Isi-isi penting berdasarkan kehendak soalan iaitu kepentingan aktiviti kokurikulum kepada murid-murid ialah:-
- Aktiviti kokurikulum dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani.
- Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum menjadi salah satu syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi.
- Melalui kegiatan kokurikulum, masa murid dapat dimanfaatkan dengan aktiviti yang sihat.
- Kokurikulum dapat melatih murid mempraktikkan nilai-nilai kemasyarakatan.
- Kokurikulum membantu murid dalam mengurangkan tekanan akibat proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
- Kokurikulum dapat menyemai bakat kepemimpinan dalam kalangan murid.
- Kegiatan kokurikulum dapat mengcungkil potensi murid dalam bidang ini.
- Kegiatan ini juga penting dalam usaha mewujudkan perpaduan kaum.
Comments
Post a Comment