BUKAN / TIDAK...!

Bukan dan tidak merupakan kata nafi yang berfungsi untuk menafikan sesuatu. Perlu diberikan perhatian bahawa perkataan ini tidak boleh digunakan bertukar ganti kerana mempunyai fungsinya yang tertentu. Lihat keterangan di bawah:-
  • BUKAN - Digunakan untuk menafikan kata nama (KN) dan juga kata sendi nama (KSN).
  • Contoh penggunaan:-
  1. Beliau bukan guru (KN) di sekolah saya. BETUL
  2. Beliau tidak guru (KN) di sekolah saya. SALAH
  3. Hadiah itu bukan untuk (KSN) saya. BETUL
  4. Hadiah itu tidak untuk (KSN) saya. SALAH
* Jelas menunjukkan bahawa kata nafi 'bukan' hanya boleh digunakan di depan kata nama (KN) dan juga di depan kata sendi nama (KSN)
  • TIDAK - Digunakan untuk menafikan kata adjektif (KA) dan juga kata kerja (KK).
  • Contoh penggunaan:-
  1. Budak itu tidak gemuk (KA). BETUL
  2. Budak itu bukan gemuk (KA). SALAH
  3. Pelajar itu tidak bermain (KK) bola. BETUL
  4. Pelajar itu bukan bermain (KK) bola. SALAH
* Jelas juga bahawa kata nafi 'tidak' hanya boleh digunakan di depan kata adjektif (KA) dan juga di depan kata kerja (KK).

Comments

Popular Posts