PENAJA

RAKAN ILMU

Wednesday, 24 April 2013

ESEI: TUTORIAL RENCANA...!


KONSEP:-
  • Esei berbentuk rencana menghendaki pelajar menulis tajuk dan nama penulis.
  • Perkara yang ditulis mestilah berdasarkan fakta yang betul dan tepat.
FORMAT:-
  • Tajuk rencana - ditulis dengan huruf besar pada awal setiap perkataan dan digarisi. Tanda titik tidak diperlukan.
  • Nama penulis rencana.
  • Isi rencana - berdasarkan tajuk dan kehendak soalan, mestilah mempunyai perenggan yang kohensif dan koheran.
  • Penutup - kesimpulan/rumusan/ulasan daripada isi yang dihuraikan.
CONTOH SOALAN:-
  • Bersempena dengan kempen 'Bulan Budi Bahasa', unit Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan pertandingan menulis esei yang bertajuk "Kepentingan Amalan Budi Bahasa dalam Kalangan Masyarakat." Anda berminat untuk menyertai pertandingan esei tersebut. Sediakan rencana selengkapnya.
STRATEGI PENULISAN:-
  • Tema            : Amalan budi bahasa
  • Kata kunci    : Kepentingan amalan budi bahasa dalam masyarakat
  • Format         : Khusus - rencana
CONTOH FORMAT:-

                      Kepentingan Amalan Budi Bahasa dalam Kalangan Masyarakat
                      Oleh: Othman Jailani


      Budi bahasa mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud tingkah laku dan pertuturan yang baik dan beradab berdasarkan latar belakang dan norma-norma khusus sesebuah masyarakat. Amalan budi bahasa yang luhur ini sewajarnya menjadi pegangan setiap anggota masyarakat kerana kewajarannya tidak boleh diperkotak-katikkan. Pelbagai kepentingan amalan budi bahasa jika diaplikasikan dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi masyarakat majmuk di negara kita.

 .............................................................................................................................................................................................................................

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III

Loading...