IMBUHAN PINJAMAN...!

Imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua kategori, iaitu:-
  • Imbuhan Asli
  • Imbuhan Pinjaman
Antara imbuhan asli ialah {be-, ber-, ter-, me-, men-, mem-, meng-, meny-, se-, pe-, ........ }
Manakala imbuhan pinjaman pula dapat dipecahkan kepada tiga jenis, iaitu:-
  1. Imbuhan Pinjaman Bahasa Arab {-in, -at, -ah}
  2. Imbuhan Pinjaman Bahasa Sankrit {dwi-, juru-, panca-, eka-, tri-, swa-, ......}
  3. Imbuhan Pinjaman Bahasa Inggeris {anti-, pro-, pra-, sub-, auto-, ..........}
Harus diingat bahawa semua penggunaan imbuhan pada kata dasar mestilah dirapatkan dan tiada penggunaan tanda sempang.
Contoh:-
Imbuhan Asli
  • bekerja
  • berkampung
  • menangis
  • menjalankan
  • menyatakan
  • sebilik
  • penyakit
Imbuhan Pinjaman
  • hadir > hadirin
  • hadir  > hadirat
  • muslim > muslimin, muslimat, muslimah
  • elektrik > juruelektrik
  • bahasa > dwibahasa
  • indera > pancaindera
  • dadah > antidadah
  • kerajaan > prokerajaan
  • sekolah > prasekolah
Walau bagaimanapun, imbuhan akan dieja dengan menggunakan tanda sempang apabila digunakan pada kata nama khas, contohnya:-
  • anti-Israel
  • pro-Amerika
  • se-Malaysia

Comments

Popular Posts