INISIATIF KERAJAAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU...!


  • Jawatakuasa Induk Memerkasakan Bahasa Kebangsaan telah ditubuhkan pada tahun 2005 secara bersama oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
  • Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2006 yang bertajuk "Langkah-langkah Memperksakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam" telah diterbitkan oleh JPA.
  • Pada 2007, Persatuan Linguistik Malaysia dan Persatuan Penterjemahan Malaysia menerbitkan buku 'Mengapa Kami Bantah Penggunaan Bahasa Inggeris bagi Mengajarkan Sains dan Matematik'.
  • Pada 8 Julai 2009, Jemaah Menteri memansuhkan dasar PPSMI; menggantikan dengan dasar "Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris" (MBMMBI).
  • Pada 20 Oktober 2011, JPA mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2011 berjudul "Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam".
  • Pada tahun 2011 juga Kementerian Pengajian Tinggi menerbitkan buku Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi.
  • Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyediakan "Pelan Tindakan Strategik 2011 - 2015" yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 13 Julai 2012.
  • Program Audit Bahasa bermula tahun 2013, tumpuan awal diberikan kepada enam sektor di bawah "Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan, iaitu:-
  1. Perkhidmatan awam
  2. Tempat awam
  3. Penyiaran dan komunikasi
  4. Kewangan dan perbankan
  5. Perdagangan
  6. Pendidikan
Sumber: 'Bahasa Melayu dalam Bidang Pentadbiran dan Pendidikan oleh Md. Salleh Yaapar, Dewan Bahasa, Januari 2013.

Comments

Popular Posts