PENAJA

RAKAN ILMU

Wednesday, 29 January 2014

PERANAN TANDA NOKTAH...!


PENGGUNAAN TANDA TITIK ATAU NOKTAH
  • Penggunaan tanda baca seperti tanda sempang (-), koma (,), noktah (.) dan lain-lain sering dipandang mudah. Hal ini demikian kadang-kadang menimbulkan kekeliruan serta boleh mencacatkan aspek bahasa yang mahu diperkatakan.
  • Sebenarnya, tanda noktah bukan sahaja digunakan di penghujung sesebaris ayat, tetapi juga digunakan pada singkatan bagi gelaran, jawatan, pangkat dan sapaan. Lihat contoh di bawah:-
  1. Dr. (doktor)
  2. Sdr. (saudara)
  3. En. (Encik)
  4. Y.A.B. (Yang Amat Berhormat)
  5. Tn. (Tuan)
  6. Y.M. (Yang Mulia)
  7. Prof. (Profesor)
  8. Kol. (Kolonel)
  • Tanda noktah juga digunakan pada singkatan yang umum seperti:-
  1. b.p. (bagi pihak)
  2. s.k. (salinan kepada)
  3. u.p. (untuk perhatian)
  4. m.s. (muka surat)
  5. dsb. (dan sebagainya)
  6. dll. (dan lain-lain)
  7. hlm. (halaman)
  8. spt. (seperti)
  9. b. (bin)
  10. bt. (binti)
  • Tanda noktah tidak digunakan bagi singkatan nama jabatan, institusi, organisasi dan pertubuhan. Lihat contoh di bawah:-
  1. DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka)
  2. LP (Lembaga Peperiksaan)
  3. JKR (Jabatan Kerja Raya)
  4. TNB (Tenaga Nasional Berhad)
  5. MPKB (Majlis Perbandaran Kota Bharu)
  6. JPN (Jabatan Pendidikan Negeri)

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III