CIRI ESEI CEMERLANG...!
Bagi Bahasa Melayu Kertas 1 (1103/1) Sijil Pelajaran Malaysia, dua soalan mesti dijawab oleh setiap calon. Markah penuhnya adalah 130 ( 100 markah – Karangan Respons Terbuka, 30 markah untuk karangan berdasarkan bahan rangsangan ).
CIRI ESEI CEMERLANG RESPONS TERBUKA
CEMERLANG ( 80 – 100 markah )
- Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan MATANG, disertakan dengan contoh yang sesuai.
- Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
- Penggunaan KOSA KATA LUAS dan tepat.
- Ejaan dan tanda baca yang betul.
- Penggunaan pelbagai jenis ayat yang gramatis ( ayat penyata, tanya, seru dan perintah )
- Laras bahasa yang sesuai dengan tugasan.
- Penggunaan unsur bahasa yang bervariasi.
- Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata.
- Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan yang sesuai.
- Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.
- Setiap perenggan isi perlu diselitkan dengan penegasan/kesimpulan kecil.
Comments
Post a Comment