SOALAN PERCUBAAN SELANGOR (2012)....!
18. Pelakon filem yang sangat terkenal sekali di negara kita telah terpilih untuk mewakili negara ke pesta filem peringkat antarabangsa.
- A paling terkenal
- B sangat kenal sekali
- C paling terkenal sekali
- D sangat terkenal sekali
Terdapat DUA perkara penting yang perlu difahami oleh setiap pelajar ketika menganalisis frasa 'sangat terkenal sekali' dalam ayat di atas.
- Penggunaan kata penguat sangat dan sekali; Penggunaan kata penguat bebas (sungguh, amat, sangat) dengan kata penguat belakang (sekali) dibolehkan. Contoh lain adalah seperti sungguh cantik sekali, amat cantik sekali, sangat cantik sekali.
- Perkara yang kedua ialah penggunaan kata 'terkenal'. Mungkin ada sesetengah pelajar mengatakan bahawa kata terkenal itu telah membawa maksud paling kerana beranggapan bahawa kata tersebut menerima imbuhan awalan teR- yang membawa makna paling seperti terpanjang - paling panjang; terbesar - paling besar; tercantik - paling cantik; SEBENARNYA 'terkenal' bukanlah terhasil daripada proses pengimbuhan teR- + kenal > terkenal, sebaliknya kata terkenal merupakan kata dasar yang tidak menerima imbuhan teR- yang membawa makna paling. Maksud kata 'terkenal' ialah popular ataupun masyhur. Lihat analisis di bawah:-
- sangat terkemuka sekali - BETUL
- amat terkenal sekali - BETUL
- sungguh terkenal sekali - BETUL
- sungguh masyhur sekali - BETUL
- sungguh termasyhur sekali - SALAH
- sangat termasyhur sekali - SALAH
- sangat terkenal sekali - BETUL
Comments
Post a Comment