ESEI: FAKTOR PEMBUANGAN BAYI...!
PENDAHULUAN:
- Mutakhir ini kejadian pembuangan bayi di negara kita begitu menular dan amat membimbangkan.
- Hal ini menunjukkan betapa negara kita semakin dilanda oleh gejala kebejatan sosial yang sukar dibendung.
- Pelbagai faktor yang menyebabkan kes ini semakin menular dalam kalangan remaja.
- Seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
IDEA-IDEA PENTING: (Faktor kes pembuangan bayi semakin menular)
- Pegangan agama yang semakin rapuh dalam kalangan remaja. Mereka mudah tercebur kepada perbuatan mungkar kerana cetek ilmu agama.
- Pengaruh negatif yang tersebar luas dalam kalangan remaja. Perkembangan teknologi maklumat kadang-kadang lebih membawa keburukan jika tidak dipantau.
- Kurangnya kawalan oleh ibu bapa kerana terlalu sibuk dengan urusan mencari nafkah dan kekayaan dunia. Anak dibiarkan bebas tanpa sedikit pun kawalan.
- Langkah penguatkuasaan yang lemah oleh pihak bertanggungjawab membuka peluang yang lebih kepada remaja yang hidup tanpa pegangan dan hala tuju yang jelas.
- Pengaruh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling yang tempang amat dominan dalam mempengaruhi tingkah laku para remaja.
- Kurang kesedaran dalam diri remaja itu sendiri menyebabkan mereka mudah bertindak mengikut nafsu dan perasaan.
- Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan tanpa had dan batasan mudah menarik mereka melakukan seks haram.
- Anggota masyarakat dan jiran yang mengambil sikap ‘seperti enau di dalam belukar’ menyebabkan kes pembuangan bayi sukar dibanteras.
- Sistem pendidikan yang terlalu mengutamakan akademik juga menjadi pemangkin meningkatnya kes pembuangan bayi.
- Pengaruh negatif daripada media massa.
- Fesyen yang mencolok mata serta mendedahkan aurat semakin menjadi pilihan masyarakat.
- Meningkatkan populasi remaja dan belia di bandar-bandar besar kerana menuntut ilmu ataupun mencari pekerjaan.
- Semakin ramai remaja dan belia tinggal berjauhan dari keluarga.
- Keruntuhan institusi keluarga akibat perceraian menyebabkan remaja mencari haluan sendiri.
- Ibu bapa gagal menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana kebanyakan mereka juga cetek dan jahil agama.
- Sikap para remaja yang suka berfoya-foya ketika umur masih muda.
PENUTUP:
- Pelbagai faktor yang sama-sama membantu meningkatkan kes pembuangan bayi.
- Semua pihak perlu berganding bahu secara bersungguh-sungguh untuk membanteras gejala sesat ini.
- Remaja mestilah sedar bahawa perbuatan membuang bayi ialah perlakuan keji yang amat dilarang oleh agama.
Comments
Post a Comment