MEMPERHAMBA / MEMPERHAMBAKAN....!
Terdapat TIGA perkataan iaitu 'hamba', 'isteri' dan 'suami' yang sering ditanya dalam peperiksaan PMR iaitu dari segi makna dan penggunaannya apabila perkataan-perkataan tersebut menerima imbuhan mempeR- dan mempeR-...-kan. Jika perkara sedemikian diambil mudah, pasti kita akan melakukan kesilapan. Sila analisis maksud perkataan yang telah diimbuhkan di bawah:-
- memperhamba = melakukan diri seseorang seperti hamba (menjadikan orang lain seperti hamba)
- memperhambakan = menjadikan diri kita seperti hamba
- memperisteri = menjadi seseorang perempuan itu isteri kita (mengahwini)
- memperisterikan = memberikan isteri kepada seseorang (mengahwinkan)
- mempersuami = menjadikan seseorang lelaki itu suami kita (mengahwini)
- mempersuamikan = menjadikan/memberikan seseorang itu bersuami (mengahwinkan)
- Wanita itu memperhamba ibunya sendiri.
- Kita hendaklah memperhambakan diri kepada Allah.
- Cikgu memperisteri bekas anak murid perempuannya sendiri.
- Pak Ali memperisterikan anak lelakinya dengan gadis desa.
- Usahawan wanita itu mempersuami pemandunya sendiri.
- Pak Samad mempersuamikan anak perempuannya dengan guru itu.
Comments
Post a Comment