KEKECUALIAN IMBUHAN meN-...!
Dalam tulisan yang lepas cikgu ada membincangkan proses pengimbuhan yang melibatkan imbuhan awalan meN- dengan kata dasar yang bermula dengan huruf 'P', 'T', 'K' dan 'S'. Kebiasaannya, huruf-huruf berkenaan akan digugurkan, lihat contoh di bawah sekali lagi:-
- meN- + pukul > memukul bukannya mempukul
- meN- + tembak > menembak bukannya mentembak
- meN- + keluar > mwngwluar bukannya mengkeluar
- meN- + serah > menyerah bukannya menserah
NAMUN ada juga sesetengah perkataan asli bahasa Melayu yang bermula dengan huruf P, dan T yang diimbuhkan dengan meN-, huruf P tersebut tidak digugurkan, contohnya:-
- meN- + percayai > mempercayai bukannya memercayai
- meN- + pelopori > mempelopori bukannya memelopori
- meN- + pedulikan > mempedulikan bukannya memedulikan
- meN- + punyai > mempunyai bukannya memunyai
Begitu juga dengan dua perkataan asli bahasa Melayu yang bermula dengan huruf T, tidak digugurkan T tersebut, iaitu:-
- meN- + ternak > menternak bukannya menernak
- meN- + tertawa > mentertawa bukannya menertawa
Tetapi bagi perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf P. T, K, dan S, huruf-huruf ini akan dikekalkan apabila dimbuhkan dengan awalan meN-.
- meN- + praktik > mempraktikkan
- meN- + kategori > mengkategori
- meN- + tadbir > mentadbir
- meN- + sabotaj > mensabotaj
Comments
Post a Comment