ESEI: FAKTOR PENGANGGURAN SISWAZAH...!
PENDAHULUAN:-
- Bilangan siswazah kian bertambah dari setahun ke setahun.
- Fenomena ini secara langsung melambangkan kesedaran rakyat negara kita tentang pendidikan semakin tinggi.
- Meskipun begitu, keseronokan siswazah menggenggam segulung ijazah tidak berpanjangan kerana kegusaran terus bersarang dalam jiwa mereka yang belum mendapat sebarang pekerjaan.
- Pelbagai faktor yang menyebabkan sesetengah siswazah terpaksa menganggur dan sentiasa tersisih dalam merebut peluang pekerjaan.
IDEA-IDEA PENTING:-
- Siswazah terlalu memilih pekerjaan walaupun pekerjaan yang ditawarkan adalah terhad.
- Suasana kerja dan persekitaran yang kurang selesa juga mendorong siswazah menunggu peluang pekerjaan yang sesuai.
- Siswazah yang menganggur menyifatkan kursus pengajian yang ditawarkan IPTA dan IPTS kurang profesional dan tidak memenuhi prospek pasaran kerja semasa.
- Mereka juga menyalahkan pihak IPT kerana tidak memberikan perincian tentang masa depan lulusan sesuatu kursus yang ditawarkan.
- Kebanyakan siswazah meletakkan harapan yang tinggi kepada pihak kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.
- Keputusan peperiksaan yang diperoleh oleh siswazah kurang menonjol di samping tahap keupayaan berkomunikasi yang lemah dalam kalangan siswazah.
- Pertambahan siswazah di pasaran kerja yang mendadak menyebabkan peluang kerja semakin sempit.
- Ketiadaan latihan persediaan pekerjaan menyebabkan timbulnya masalah pengangguran kerana firma, syarikat akan lebih cenderung memilih siswazah yang mempunyai pengalaman.
- Siswazah tidak mahu menceburi bidang kerja seperti usahawan, pertanian kerana mereka lebih berminat 'makan gaji'.
- Perkembangan ekonomi negara yang lembab menyebabkan pertumbuhan kilang perusahaan, pusat perniagaan dan segala kegiatan ekonomi menjadi terbatas menyebabkan peluang kerja semakin terhad.
- Dasar kerajaan yang memanjangkan tempoh persaraan wajib kakitangan awam kepada 60 tahun menyebabkan peluang kerja untuk siswazah muda terjejas.
- Kecenderungan siswazah yang hanya memilih kerjaya tertentu menyebabkan berlaku persaingan sengit untuk merebut pekerjaan tersebut sedangkan kerjaya yang tidak menjadi pilihan menghadapi masalah kekurangan pekerja.
- Dasar pengurangan pekerja oleh sesebuah syarikat atau firma yang menghadapi masalah kewangan.
- Penggunaan peralatan berteknologi tinggi dalam pelbagai sektor perindustrian dan pengurusan menyebabkan penggunaan tenaga manusia yang semakin kurang.
- Langkah berjimat cermat oleh pihak agensi kerajaan dan swasta.
PENUTUP:-
- Usaha yang berkesan wajar dilaksanakan agar fenomena ini tidak berterusan.
- Pelaksanaan Dasar Industriliasasi Pertanian merupakan langkah signifikan untuk mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan siswazah.
- Pihak kerajaan juga berusaha menarik minat siswazah supaya melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, yakni industri kecil dan sederhana serta industri pembuatan yang berasaskan produk pertanian.
- Langkah kerajaan memberikan bimbingan dan latihan Program Usahawan Muda mampu melahirkan usahawan dalam kalangan siswazah.
Comments
Post a Comment