MALAS BERGARIT, PERUT PERIT...!
- Peribahasa malas bergarit perut perit bermaksud orang yang pemalas akan sentiasa kurang mendapat rezeki. Peribahasa ini juga boleh dimaksudkan sebagai orang yang malas, perutnya sentiasa menanggung lapar.
- Maksud peribahasa ini berlawanan sekali dengan maksud peribahasa ringan tulang berat perut iaitu orang yang rajin akan sentiasa murah rezeki dan perut pun sentiasa kenyang.
Contoh ayat:-
- “Jika malas bekerja, tentulah kamu akan menghadapi masalah untuk meneruskan kehidupan kerana malas bergarit perut perit,” kata emak kepada Azim.
- Seseorang yang bersikap pemalas akan sentiasa mendapat kerugian dalam segala hal seperti malas bergarit perut perit.
JADI kita mestilah rajin seperti maksud peribahasa di bawah:-
- seperti anai-anai makan kayu.
- bagai lebah menghimpun madu.
- ringan tulang berat perut.
- ringan tulang.
Comments
Post a Comment