PANTUN LAPAN KERAT...!
PANTUN LAPAN KERAT
Harun Mat Piah
(Penyelenggara)
PANTUN
|
MAKSUD
|
Buat bangsal di
tengah hutan,
Tebaslah hutan buat halaman,
Di tepi halaman menanam kubis,
Diselang dengan pokok papaya;
Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman,
Tidak patah digoncang iblis,
Akhirnya tuan menang berjaya.
|
Orang yang beriman mempunyai sifat sabar dalam diri
yang dapat mencegah daripada dihasut oleh iblis dan akhirnya akan
berjaya dalam hidup.
|
Ikan teluk parang-parang,
Anak ketam disangka lelabi,
Berburu musim tengkujuh,
Dapat buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,
Cucu Adam sepaian nabi,
Turun
dari langit ketujuh,
Jadi khalifah kepada Allah.
|
Manusia bukan sebarang makhluk kerana ia adalah
daripada keturunan nabi Adam yang diturunkan daripada langit ketujuh untuk
menjadi pemimpin dibumi Allah.
|
Lengkang-lengkung apa dipaku,
Paku jatuh patah dua,
Menjadi riuh orang di darat,
Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
Kerana lalai rosak binasa,
Kebudayaan Timur dinodai Barat,
Bahasa ibunda hina terbiar.
|
Bumi yang diwarisi daripada nenek moyang akan musnah
jika kita leka. Budaya Timur akan lenyap apabila dipengaruhi oleh budaya
Barat sehingga bahasa ibunda terpinggir di bumi sendiri.
|
Comments
Post a Comment