PENAJA

RAKAN ILMU

Monday, 2 September 2013

ESEI: LANGKAH MENCEGAH DENGGI...!


Soalan:
Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara kerana bilangan kes yang sentiasa meningkat saban tahun.
Huraikan langkah-langkah yang patut diambil untuk mencegah penyakit ini daripada terus merebak.

Rangka karangan:
  • Tema: Demam Denggi
  • Tugasan: Langkah-langkah mencegah penyakit demam denggi
  • Idea-idea (langkah-langkah):-
  1. Pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan dan lain-lain menjalankan kempen kesedaran kepada setiap anggota masyarakat yakni betapa bahayanya penyakit demam denggi, cara-cara mencegah dan kempen gaya hidup sihat.
  2. Mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar, menanam bekas-bekas takungan, tayar-tayar buruk, menimbuskan kawasan takungan air dll.
  3. Pihak Berkuasa Tempatan dan Kementerian Kesihatan sering mengadakan pemeriksaan tempat pembiakan jentik-jentik aedes di premis-premis seperti pejabat, kilang, kedai-kedai, serta kawasan perumahan.
  4. Mengggerakkan tindakan susulan segera di kawasan-kawasan yang dikenal pasti menjadi tempat wabak denggi merebak, seperti penyemburan ubat antiaedes, mengkurantin pesakit-pesakit demam denggi dan rawatan secara klinikal.
  5. Menjalankan kempen kebersihan alam sekitar.
  6. Pihak berwajib sentiasa membuat penyeliidikan tentang teknik pencegahan denggi dan penciptaan ubat rawatan penyakit demam denggi yang lebih mujarab.
  7. Menggubal undang-undang kawalan dan pencegahan aedes yang lebih berat dan meningkatkan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang berkenaan.
  8. Memerkasakan pendidikan kesihatan di sekolah agar semua pelajar mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang kesihatan dan penjagaan kesihatan.
  9. Menambahkan jumlah petugas bahagian kawalan vektor di Kementerian Kesihatan.
  10. Menambahkan kemudahan rawatan dan kepakaran di hospital-hospital kerajaan dan swasta.
  11. Mengawal pembiakan nyamuk aedes secara ekologi.
  12. Menaik taraf sistem perparitan di bandar-bandar yang menjadi tempat pembiakan jentik-jentik aedes.
  • Ungkapan Bahasa Menarik:-
  1. Mencegah itu lebih baik daripada merawati.
  2. Genggam bara api biar sampai jadi arang
  3. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
  4. Hangat-hangat tahi ayam
  5. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

19 comments:

  1. Demam denngi merupakan suatu penyakit yang sangat berbahaya. Demam denggi merebak melalui satu spesies nyamuk yang dikenali sebagai nyamuk aedes. Setiap tahun, beratusan orang meninngal akibat penyakit ini. Demam denggi sukar dirawat, tetapi ia boleh dicegah. Terdapat pelbagai cara mencegah penyakit denggi.

    ReplyDelete
  2. Sesal Dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna . Peribahasa ini sesuai digunakan untuk menyedarkan orang ramai tentang bahayanya penyakit demam Denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes . Namun , masyarakat sekarang memandang remeh tentang perkara sebegini kerana kesnya yang tidak diberi penekanan maksimun dalam isu-isu semasa . Nyamuk Aedes ialah binatang yang membawa satu virus atau penyakit yang sememangnya tidak ada penawar yang dapat menyembuhkanya .sebagai contoh salah satu demam denggi yang sering dikaitkan dengan kematian ialah Demam denggi berdarah . Seperti kata pepatah bahawa mencegah lebih baik daripada merawat . oleh itu , terdapat pelbagai langkah yang patut diambil untuk mencegah penyakit ini daripada merebak .

    Ismaz dan Nabihah

    ReplyDelete
  3. Mencegah itu lebih baik daripada merawat merupakan satu peribahasa yang sangat sinonim dengan masalah denggi yang semakin kronik di negara kita. Berdasarkan statistik, pada tahun 2010, negara kita telah mencatatkan kadar kematian tertinggi disebabkan demam denggi. Penyakit ini menular kerana sikap masyarakat yang lepas tangan dan tidak mempedulikan akan kebersihan alam sekitar. Hal ini ternyata mengancam ketenteraman masyarakat setempat kerana masalah ini umpama barah yang tiada penawarnya. Kita sendiri boleh melihat tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes dibiarkan begitu sahaja. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya mengambil langkah drastik untuk mencegah demam denggi daripada merebak dalam kalangan kita. Terdapat pelbagai langkah untuk mencegah demam denggi.

    Hairi dan Muhammad Aiman

    ReplyDelete
  4. Demam denggi ialah satu penyakit yang sering menular dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia di negara kita . Penyakit ini disebabkan oleh seekor nyamuk aedes yang membawa kuman atau bakteria yang boleh menyebabkan maut jika terkena pada manusia . Sebagai contoh ,sepanjang tahun ini sahaja , seramai 149 orang maut akibat penyakit berbahaya ini . Kementerian kesihatan telah mengeluarkan cara-cara dan langkah menghapuskan nyamuk aedes kepada penduduk Malaysia untuk mengelakkan berlakunya penyakit ini . Mencegah itu lebih baik daripada merawat , peribahasa inilah yang sepatutnya digunakan oleh masyarakat dalam menangani masalah ini . Terdapat pelbagai langkah dalam mencegah penyakit kronik ini semakin berleluasa .
    oleh zul aiman hakimi dan asyraf husaini

    ReplyDelete
  5. Dewasa ini,kita acap kali diberitakan kes-kes demam denggi yang semakin menular dalam kalangan masyarakat.Penyakit demam denggi berpunca daripada nyamuk aedes yang menyerang seseorang individu tersebut.Hal ini kerana masyarakat kurang prihatin terhadap kawasan pembiakan nyamuk aedes seperti tayar lama,tin kosong,tempurung kelapa,dan sebagainya.Oleh itu,kita mestilah menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes.Terdapat pelbagai langkah yang patut diambil untuk mencegah penyakit ini daripada terus merebak.

    ikram dan firdaus

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Kebiasaannya penyakit ini menular di kawasan bandar yang mempunyai jumlah penduduk yang tinggi. Terdapat pelbagai langkah mencegah penyakit ini daripada terus menular. Mencegah lebih baik daripada merawati.

    AMALIN , 'ALIYANA , FATIN SHAFIKA

    ReplyDelete
  7. Mencegah lebih baik daripada merawat. Sama ada kita sedar mahupun tidak, pepatah ini acap kali meniti di bibir semua lapisan masyarakat pada masa ini . Namun, tanpa kita sedari, masyarakat sekarang hanya mengambil sikap endah tidak endah akan pepatah yang membawa maksud begitu mendalam ini.Mereka hanya memandang sebelah mata betapa bahayanya penyakit demam denggi dan tidak sama sekali mengambil langkah drastik bagi membendung masalah demam denggi ini. Sesungguhnya, menurut Datuk Seri S. Subramaniam selaku Menteri Kesihatan Malaysia, statistik penyakit demam denggi semakin meningkat dari semasa ke semasa. Penyakit ini benar-benar membimbangkan semua lapisan masyarakat lantaran risikonya yang tinggi iaitu boleh mendatangkan maut. Lantaran itu, pihak kerajaan, mahupun badan-badan bukan kerajaan yakni NGO haruslah bekerjasama dengan anggota masyarakat bagi membanteras penyakit demam denggi ini bak kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. NIK NAJWANI &AQILA

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Penduduk beberapa negeri di negara kita telah diserang oleh demam denggi. Pesakit yang menghidap penyakit ini semakin meningkat. Jika dibiarkan banyak pesakit akan menemui ajal akibat demam denggi. Menurut berita yang disiarkan, pada tahun ini sejumlah 105 mangsa telah meninggal dunia akibat demam denggi sehingga 15 Januari 2013.Oleh itu, kita mestilah mengambil langkah yang proaktif, iaitu cegah sebelum parah untuk menangani penyakit ini daripada terus merebak.

    #oleh Muhamad Tarmizi & Muhamad Aniq.

    ReplyDelete
  10. Dalam dunia yang semakin maha mencabar pada masa kini, statistik memperlihatkan peningkatan kadar penghidap penyakit demam denggi. Penyakit tersebut adalah disebabkan oleh genus Flavirus. Pelbagai tanda akan muncul kepada pesakit dimana virus tersebut akan terpendam di dalam badan pesakit dalam masa 3 hingga 14 hari sebelum wjujudnya tanda-tanda sedemikian. Terdapat variasi impak seseorang telah digigit oleh nyamuk Aedes seperti demam secara mengejut, ruam dan gatal-gatal, cirit birit, merasa loya, sakit kepala, sakit perut, sakit otot dan sendi serta mengalami sakit pinggang yang teruk. Kita haruslah mengambil langkah pencegahan yang efektif kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Oleh hal itu, terdapat pelbagai langkah mencegah penyakit demam denggi.

    Oleh : Hani Izzati dan Arfah :)

    ReplyDelete
  11. Mencegah lebih baik daripada merawat.Peribahasa ini dikhususkan untuk penyakit demam denggi yang semakin menular pada masa kini.Penyakit demam denggi ini berpunca daripada nyamuk Aedes betina yang membawa sejenis virus yang dikenali sebagai genus Flavirus.Virus tersebut akan terpendam di dalam badan pesakit dalam masa 3 hingga 14 hari dan akan mewujudkan tanda-tanda seperti cirit birit,sakit kepala dan sebagainya.Penyakit ini merbahaya kerana boleh menyebabkan maut pesakit.Oleh itu amat perlu untuk kita mencegah penyakit demam denggi ini.Pelbagai langkah untuk mencegah penyakit demam denggi.


    --HASRUL--

    ReplyDelete
  12. Sejak kebelakangan ini , demam denggi dikenal pasti sebagai penyakit yg mampu membunuh mangsanya.Banyak kes demam denggi yg dapat dicatatkan untuk setiap tahun,malah kes ini juga semakin meningkat . Demam denggi adalah sejenis virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk betina iaitu aegypti aedes dan aibopictus aedes . Demam denggi terdapat di hutan-hutan tropika dan bukan tropika di benua dan biasanya bilangan nyamuk akanmeningkat pada bulan yang panas dan lembap . Demam denggi bukan penyakit baharu . Demam denggi telah diketahui beberapa abad dahulu . Baru-baru ini , demam denggi telah menjadi penyakit yang membimbangkan kesihatan manusia di seluruh dunia .



    ikhlas : Ameruddin & Sayyidil

    ReplyDelete
  13. Mutakhir ini, penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara kerana bilangan kes yang sentiasa meningkat saban tahun.Hal ini disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak mengendahkan kesan daripada virus ini yang mampu memberi penyeksaan yang boleh mendatangkan maut kepada penghidapnya.Kes ini berpunca daripada sikap masyarakat yang kurang mementingkan kebersihan di kawasan persekitaran mereka.Kita juga dapat melihat punca kes ini merebak dengan cepat apabila tayar-tayar buruk dan sampah sarap bersepah kerana tidak dilupuskan dengan baik.Hal ini menyebabkan air bertakung apabila hujan turun dan pembiakan jejentik berlaku.Sikap masyarakat yang enggan mengambil tindakan segera apabila seseorang itu disyaki menghidap penyakit ini dan hanya tunggu untuk mengambil rawatan apabila penyakit bertambah kronik.Masyarakat seharusnya mengambil rawatan yang segera kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat.


    Nuen dan Izham :)

    ReplyDelete
  14. Demam denggi kian sinonim dalam kehidupan seharian kita . Tanggal 15 Julai , rakyat Malaysia telah digempurkan dengan kematian seorang kanak-kanak yang berumur 5 tahun akibat denggi berdarah . Menurut kajian saintifik , nyamuk aedes ini ditemui di kawasan tropika . Namanya daripada 'Greek Aedes' yang bererti tidak menyenangkan kerana menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam kuning dan demam denggi . Kitaran nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu . Lebih mengejutkan seekor betina boleh bertelur sebanyak 60 biji dalam satu masa . Kebiasaannya , nyamuk aedes ini boleh kita kenali kerana mempunyai satu atau lebih jalur putih di belakangnya serta belang hitam dan putih di bahagian kakinya . Perkara yang merunsingkan kita apabila nyamuk aedes ini aktif pada waktu senja dan awal pagi . Walhal pada masa inilah kebanyakan masyarakat melakukan aktiviti mereka seperti berjoging , berkelah , beriadah dan sebagainya . Penyakit demam denggi ini tidak dapat diubati tetapi kita masih lagi boleh mencegahnya kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati .

    ALIYA DAN NABILAH

    ReplyDelete
  15. Demam denggi adalah sejenis virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk betina (aegypti aedes dan aibopictus aedes).Demam denggi terdapat di hutan-hutan tropika dan bukan tropika di benua dan biasanya bilangan nyamuk akan meningkat pada bulan yang panas dan lembap.Demam denggi bukan penyakit baharu malahan Demam denggi telah diketahui beberapa abad dahulu.Baru–baru ini,demam denggi telah menjadi penyakit yang membimbangkan kesihatan manusia di seluruh dunia. Antara contoh deman denggi berbahaya ialah Demam denggi berdarah . pepatah melayu ada mengatakan mencegah lebih baik daripada merawat . Terdapat pelbagai langkah yang dapat dipraktikkan bagi mencegah penyakit ini daripada merebak .

    ISMAZ DAN NABIHAH

    ReplyDelete
  16. Pada zaman pembangunan yang rancak ini,negara malaysia telah digemparkan oleh penyakit demam denggi yang saban hari, kian menular. Demam denggi disebabkan oleh nyamuk Aedes. Penyakit ini amatlah bahaya kerana boleh membawa maut. Tambahan itu, nyamuk Aedes ini hanya membiak di negara-negara yang beriklim khatulistiwa seperti negara Malaysia. Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah haruslah diambil bagi menangani kekangan ini agar 'kudis tidak menjadi pekung'.

    ReplyDelete
  17. Thank you for helping me.................! . And PLEASE PRAY for MH370

    ReplyDelete
  18. Doakan saya lulus PT3 esok . Amin !

    ReplyDelete

PROMOSI III