KEKECUALIAN IMBUHAN meN-...!

Dalam tulisan yang lepas cikgu ada membincangkan proses pengimbuhan yang melibatkan imbuhan awalan meN- dengan kata dasar yang bermula dengan huruf 'P', 'T', 'K' dan 'S'. Kebiasaannya, huruf-huruf berkenaan akan digugurkan, lihat contoh di bawah sekali lagi:-
  • meN- + pukul  >  memukul bukannya mempukul
  • meN- + tembak  >  menembak bukannya mentembak
  • meN- + keluar  >  mwngwluar bukannya mengkeluar
  • meN- + serah  >  menyerah bukannya menserah
NAMUN ada juga sesetengah perkataan asli bahasa Melayu yang bermula dengan huruf P, dan T yang diimbuhkan dengan meN-, huruf P tersebut  tidak digugurkan, contohnya:-
  • meN- + percayai  >  mempercayai bukannya memercayai
  • meN- + pelopori  >  mempelopori bukannya memelopori
  • meN- + pedulikan  >  mempedulikan bukannya memedulikan
  • meN- + punyai  >  mempunyai bukannya memunyai
Begitu juga dengan dua perkataan asli bahasa Melayu yang bermula dengan huruf T, tidak digugurkan T tersebut, iaitu:-
  • meN- + ternak  >  menternak bukannya menernak
  • meN- + tertawa  >  mentertawa bukannya menertawa
Tetapi bagi perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf P. T, K, dan S, huruf-huruf ini akan dikekalkan apabila dimbuhkan dengan awalan meN-.
  • meN- + praktik  >  mempraktikkan
  • meN- + kategori  >  mengkategori
  • meN- + tadbir  >  mentadbir
  • meN- + sabotaj  >  mensabotaj

Comments

Popular Posts