KESALAHAN FRASA KERJA...!


Di bawah disenaraikan pelbagai bentuk kesalahan frasa kerja dan pembetulannya:-
  • lupa janji-janjinya  >  lupa akan janji-janjinya
  • dia bertanya saya  > dia bertanya kepada saya
  • beralaskan dengan kain sarung  >  beralaskan kain sarung
  • bersenjatakan dengan sebilah pisau  > bersenjatakan sebilah pisau
  • mengetahui tentang hal itu  >  mengetahui hal itu
  • mempunyai banyak pengalaman  > banyak mempunyai pengalaman
  • mendalamkan lagi perigi  >  mendalamkan perigi lagi
  • memperlebarkan jalan  >  memperlebar jalan
  • bunga itu digubah olehku  > bunga itu kugubah
  • diusahakan oleh saya  >  saya usahakan
  • meja itu disusun oleh kami  > meja itu kami susun
  • perlu dibungkus oleh engkau  > perlu engkau bungkus
  • tempat itu saya belum lawati  >  tempat itu belum saya lawati
  • barang itu anda mesti pulangkan  >  barang itu mesti anda pulangkan
  • industri pelancongan akan kerajaan majukan  >  industri pelancongan akan dimajukan kerajaan
  • telah ayah tebang pokok itu  >  telah ditebang oleh ayah pokok itu
  • surat itu saya belum balas lagi  >  surat itu belum saya balas lagi
  • burung kelihatan beterbangan di udara   >  burung kelihatan berterbangan di udara
  • mereka sedang berbincang perkara itu  >  mereka sedang berbincang tentang perkara itu
  • berpandukan pada peta  >  berpandukan peta
  • cikgu mengajarkan saya subjek Sejarah  >  cikgu mengajarkan subjek Sejarah kepada saya

Comments

Popular Posts