MENGKRITIK, MENGKLIK, MENGKATEGORI....!

Kritik, klik, kategori, katalog, merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Oleh hal itu, kata-kata berkenaan dikekalkan huruf depannya apabila menerima imbuhan awalan meN-. Sila lihat contoh proses pengimbuhan di bawah:-
  • meN- + kritik  >  mengkritik bukannya mengeritik
  • meN- + klik  >  mengklik bukannya mengeklik atau menklik
  • meN- + kategori  >  mengkategori bukannya mengategori atau menkategori
  • meN- + katalog  >  mengkatalog bukannya mengatalog atau menkatalog
Sebenarnya boleh dikatakan semua kata pinjaman sama ada daripada bahasa Inggeris, Sangkrit, Arab dan lain-lainnya dikekalkan huruf depannya apabila mengalami proses pengimbuhan awalan meN-. Lihat contoh di bawah:-
  • meN- + takdir (Arab)  >  mentakdir
  • meN- + proses (Inggeris)  >  memproses
  • meN- + pamer (Jawa)  >  mempamer
  • meN- + promosi (Inggeris)  > mempromosi
  • meN- + tadbir (Arab)  >  mentadbir
Seperti perkara yang dibincangkan sebelum ini, kes sebegini tidak berlaku kepada kata bahasa Melayu asli. Semua kata yang bermula dengan huruf P, T, K, dan S akan digugurkan apabila menerima imbuhan meN-. Lihat contoh di bawah:-
  • meN- + pukul  >  memukul
  • meN- + tembak  >  menembak
  • meN- + kembali  >  mengembali
  • meN- + salin  >  menyalin

Comments

Popular Posts