PENAJA

RAKAN ILMU

Monday, 14 October 2013

CERAKIN AYAT MAJMUK...!

Berdasarkan soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan SBP 2013, cikgu akan perturunkan soalan yang berkaitan dengan pencerakinan ayat majmuk kepada DUA ayat tunggal. Pelajar akan dapat melihat bagaimanakah ayat majmuk yang semestinya mempunyai dua atau lebih subjek dan predikat diasingkan.
Lihat soalan dan jawapannya di bawah:-
  • Salmi menarikkan saya kerusi lalu mempelawa saya duduk.
  1. Salmi menarikkan saya kerusi.
  2. Salmi mempelawa saya duduk.
  • Buah rambutan yang masak ranum itu sudah dicuri orang.
  1. Buah rambutan itu masak ranum.
  2. Buah rambutan itu sudah dicuri orang.
  • Belajar secara berkumpulan menjimatkan masa dan memudahkan pelajar mengingat fakta yang dibincangkan.
  1. Belajar secara berkumpulan menjimatkan masa.
  2. Belajar secara berkumpulan memudahkan pelajar mengingat fakta yang dibincangkan.
1103/2(c) 2013 Hak Cipta BPSBPSK

1 comment:

  1. Cikgu saya nak tanya..klau ayat tuu berbunyi begini..

    Mereka tidak mengendahkan lambian saya walaupun mereka melihatnya..

    Mcm mne nk cerakin kan ayat sebegini

    ReplyDelete

PROMOSI III