ESEI: KESAN PEMBAKARAN TERBUKA...!


Soalan:-
Fenomena aktiviti pembakaran terbuka mutakhir ini semakin berleluasa walaupun kerajaan telah menggubal undang-undang pencegahan yang lebih tegas. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan buruk yang terjadi akibat pembakaran terbuka?

PENDAHULUAN:-
  • Pada bulan Julai yang lepas, negara kita sekali lagi menghadapi masalah jerebu yang begitu teruk.
  • Masalah jerebu ini telah mengakibatkan beberapa buah negeri di selatan Semenanjung, seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan diisytiharkan darurat.
  • Banyak aktiviti rutin kehidupan terjejas oleh fenomena jerebu seperti banyak sekolah terpaksa ditutup, orang ramai dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti luar dan sebagainya.
  • Fenomena jerebu merupakan kesan langsung daripada perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan pembakaran terbuka sama ada untuk tujuan pertanian mahupun pembukaan petempatan baharu.
  • Pelbagai kesan buruk akan terjadi akibat pembakaran terbuka.
IDEA-IDEA PENTING:- (kesan buruk)
  • Berlaku peningkatan pencemaran alam sekitar terutamanya ruang udara yang menyebabkan penularan pelbagai jenis penyakit terutamanya yang ada kaitan dengan organ paru-paru dan sistem pernafasan.
  • Pembakaran terbuka disebabkan pembukaan tanah pertanian akan menyebabkan kemusnahan flora dan fauna secara total.
  • Kemusnahan hutan akan menyebabkan kemusnahan habitat semula jadi binatang liar yang jika tidak dikawal dengan segera, tidak mustahil segala jenis haiwan akan pupus.
  • Menjejaskan industri pelancongan - menyebabkan jumlah pelancong domestik dan antarabangsa berkurangan - akan menjejaskan pendapatan negara.
  • Kesan pemanasan global boleh mengundang pelbagai jenis bencana alam.
  • Peningkatan kadar gas karbon dioksida berbanding gas oksigen di udara mengundang musibah, seperti berlakunya hujan asid, penipisan lapisan ozon dan peningkatan suhu sekeling.
  • Pembakaran terbuka boleh menjadi punca kebakaran aset -aset negara yang penting seperti bangunan pentadbiran kerajaan, hutan simpan, kawasan pelancongan, dll.
  • Menjejaskan imej negara di persada antarabangsa.
  • Menjejaskan perkembangan sektor pertanian dan perikanan.
  • Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak dari segi perubatan dan kos pencegahan dan kos mengawal kebakaran.
  • Meningkatkan kejadian kemalangan jalan raya.
  • Tanah yang gondol oleh pembakaran terbuka akan menggalakkan kejadian tanah runtuh, banjir kilat, hakisan berleluasa.

Comments

  1. Nice blog and thanks for your help !

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This blog was very helpful for me to do my projek...Thank you very much

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts