BENGKEL BAHASA DI SMU(A) TARBIAH...!

Mohamad Azemi Zawawi
Pada petang esok iaitu petang Rabu, 24 Julai dan 25 Julai 2013 jam 3.00 - 5.00 petang, cikgu diundang untuk mengendalikan Bengkel Kecemerlangan Bahasa Melayu PMR di SMU(A) Tarbiah Maziah, Panchor, Pengkalan Chepa. Bengkel pada kali ini terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan pelajar perempuan pada 24 Julai, sementara pelajar lelakinya pula pada petang keesokan, 25 Julai 2013.
Bengkel untuk pelajar-pelajar YIK ini akan memberikan tumpuan yang lebih dalam bidang tatabahasa, diikuti oleh teknik penulisan ringkasan, karangan respons terhad, karangan pelbagai item dan yang akhirnya ialah teknik menjawab soalan novel.
Selamat berbengkel pelajar Maahad Tarbiah Maziah.

* Semoga tak 'pancit' pada petang puasa....!!!

Comments

Popular Posts