ESEI: BM 1 SPM 2011...!


BAHAGIAN B [100 markah]
[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Setiap individu perlu mempunyai wawasan untuk mencapai cita-citanya.
    Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk merealisasikan cita-cita anda.

2. Perlakuan negatif seperti pergaulan bebas, merokok dan melepak dalam kalangan remaja semakin mem-
    bimbangkan semua pihak.
    Huraikan peranan keluarga bagi menangani masalah ini.

3. Anda telah menyertai pertandingan syarahan di sekolah anda. Tajuk syarahan anda ialah 'Perpaduan 
    Rakyat Asas Kemajuan dan Kemakmuran Negara'.
    Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.

4. Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) membolehkan masyarakat dunia kini berkomuni-
    kasi dan memperoleh pelbagai maklumat dengan mudah, cepat dan murah.
    Bincangkan.

5.     Cari olehmu akan sahabat,
        Yang boleh dijadikan ubat,

         Cari olehmu akan kawan,
         Pilih segala orang setia kawan.

    Petikan gurindam di atas menjelaskan kepentingan memilih sahabat.
    Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri sahabat yang baik.

  • Soalan 1 - Dimensi diri
  • Soalan 2 - Dimensi keluarga
  • Soalan 3 - Dimensi masyarakat
  • Soalan 4 - Dimensi antarabangsa
  • Soalan 5 - Dimensi sastera




Comments

Popular Posts