ESEI: FAKTOR PERMAINAN TRADISIONAL DIPINGGIRKAN...!


PENDAHULUAN:-
  • Permainan tradisional warisan masyarakat Melayu semakin dipinggir oleh generasi muda dewasa ini. Sesetengah daripada mereka langsung tidak mengetahui kewujudan permainan tradisional ini yang pernah popular sedikit masa dahulu.
  • Masyarakat dahulu menjadikan permainan tradisional sebagai wahana memupuk semangat ukhwah antara penduduk di samping mengisi masa senggang dengan kerja buat yang lebih berfaedah.
  • Antara permainan tradisional yang begitu sinonim dengan kehidupan masyarakat tradisi kita ialah gasing, congkak, sepak raga, naik wau, ketingting, batu serembang, buah guli, lompat tali, galah panjang, coh, bola awa dan lain-lain.
  • Banyak faktor yang menyebabkan permainan tradisional warisan nenek moyang kita semakin dipinggir oleh generasi hari ini, antaranya:-
FAKTOR-FAKTOR PERMAINAN TRADISIONAL DIPINGGIRKAN:-
  1. Pengaruh besar yang dibawa oleh pelbagai permainan yang moden dan sofistikated - lebih relevan dengan perkembangan kemajuan sains dan teknologi; - permainan komputer, permainan video, mesin kawalan jauh, permainan robot, dan seumpamanya.
  2. Sikap dan pandangan masyarakat hari ini yang beranggapan permainan tradisional sudah ketinggalan zaman dan hanya layak berada di muzium-muzium.
  3. Semakin kurang  jumlah pejuang atau aktivitis yang aktif memperjuangkan nasib permainan tradisional; jika ada pun sekadar hidup segan mati tak mahu.
  4. Pihak-pihak bertanggungjawab sama ada di pihak kerajaan, NGO mahupun swasta tidak menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memartabatkan seni permainan tradisional sebagai khazanah budaya dan bangsa negara.
  5. Generasi muda tidak atau jarang-jarang didedahkan dengan keistimewaan dan kelebihan permainan tradisional sehingga menyebabkan mereka gagal mengenali budaya sendiri; tak kenal maka tak cinta.
  6. Pemikiran masyarakat moden hari ini lebih ke arah mengumpulkan harta kekayaan dan kejayaan anak-anak dalam pelajaran; Mereka menghadapi kekangan masa untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, makan angin apatah lagi untuk bergiat cergas mengisi masa dengan bermain permainan tradisional yang memakan masa yang lama.
  7. Kesukaran untuk mendapatkan peralatan permainan tradisional, bersaiz besar, harga yang mahal juga menjadi faktor kenapa permainan tradisional semakin dilupakan.
  8. Terlalu kurang penganjuran pertandingan permainan tradisional oleh pihak-pihak bertanggungjawab menyebabkan permainan jenis ini semakin lesu di bumi sendiri; Penganjuran permainan tradisional dari peringkat rendah hingga ke peringkat dunia akan lebih mempopularkan permainan tradisional. Contohnya permainan sepak raga yang diberikan sedikit inovasi dan dikenali dengan permainan sepak takraw telahpun popular sehingga ke peringkat antarabangsa.
  9. Penggiat-penggiat permainan tradisional di desa serta kampung tidak mendapat apa-apa bantuan dan dukungan daripada pihak kerajaan, apatah lagi daripada pihak swasta yang hanya bergerak atas dasar keuntungan perniagaan semata-mata.
  10. Institusi-institusi pendidikan tinggi seperti IPTA dan IPTS dingin serta beku dalam usaha menubuhkan jabatan pengajian yang bertanggungjawab mengkaji asal usul sejarah, melatih siswa-siswi dan memerkasakan segala bentuk seni budaya turun-temurun agar tidak ditelan kemajuan.
PENUTUP:-
  • Banyak perkara yang perlu dilakukan jika kita tidak ingin melihat satu persatu khazanah warisan berharga nenek moyang rebah menyembah bumi dek kelekaan anak watan sendiri.
  • Sebenarnya warisan tinggalan nenek moyang ini amat berharga dan boleh dijadikan aset penting membantu meningkatkan pendapatan negara jika dapat dieksploitasi dengan bijak, contohnya melalui industri kraf tangan, industri pelancongan dan industri hiliran lain.
  • Melalui penubuhan kelab dan persatuan yang berasaskan permainan tradisional di sekolah, IPTA dan IPTS dapat memupuk pelajar cinta akan permainan ini sejak awal usia lagi.
  • Permainan tradisional yang bijak diberikan inovasi mampu menjadi simbol unik negara, dan menjadi kebanggaan semua.
  • Semua pihak tidak kira peringkat usia, pangkat tinggi atau rendah, perlu bahu-membahu dalam usaha mempopularkan permainan tradisional sepanjang zaman dan janganlah kita hanya memandang sepi akan usaha ini. Genggam bara api biar sampai jadi arang.


Comments

  1. salam cikgu, bole saya tahu di mana cikgu merujuk utk permainan tradisional ni ? sbb sy sdg buat thesis permainan tradisional jd sy perlukan lebih maklumat tentang permainan tradisional ni..hrp dpt membantu sy ye :D

    ReplyDelete
  2. Terbaik wuu. Thankyouu cikguu😚 saya amat menghargai esei ini untuk rujukan saya utk pt3 nnt. Maaf ayat saya berteraburπŸ™ˆ

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sangat sangat. Amatlah membantu!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Cikgu boleh tak saya menulis 1 langkah pada setiap perenggan isi penting?

    ReplyDelete
  6. Bsysysgssgts5yurwrrswgj typo ah

    ReplyDelete
  7. Terima kasih ats prkongsian.sy minta izin ambil sbg rujukan utk buat krgn ye

    ReplyDelete
  8. Terima kasih sangat membantu

    ReplyDelete
  9. NOTA YANG CIKGU BAGIKAN MEMANG MENARIK DAN TERBAIK

    ReplyDelete
  10. izinkan saya guna kan nota ini

    ReplyDelete
  11. terima kasih .ia bantu untuk kajian saya

    ReplyDelete
  12. Saya suka saya sukaaπŸ˜€

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. πŸ™€πŸ˜ΏπŸ˜ΎπŸ˜ΏπŸ˜ΏπŸ₯΄πŸ€•πŸ€’πŸ€’πŸ˜–πŸŒœπŸŒπŸŒ›πŸŒœπŸŒšπŸŒ›πŸ˜·

      Delete
  14. Bak kata perpatah moden yg mantap😁

    ReplyDelete
  15. *Bak kata permatah yg moden mantap

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts