PENAJA

RAKAN ILMU

Sunday, 14 July 2013

UNGKAPAN MENARIK...!

Penggunaan ungkapan menarik (UM) atau ungkapan bahasa indah (UBI) yang sesuai dan jitu dalam sesebuah hasil penulisan amat membantu dalam memperjelas maksud idea yang mahu disampaikan, membantu mematangkan hujah serta mengindahkan pengolahan ayat. Hal ini amat membantu pelajar menghasilkan karangan yang menarik, berkembang dan matang. Di bawah ini, cikgu mencuba menyenaraikan contoh UM dan UBI yang boleh digunakan, antaranya:-
  • Lampu Aladin tidak bersinar tanpa Aladin menggosoknya. - Alex Osborn
  • Jangan tanya apa negara buat untukmu tetapi tanyalah apa yang kamu buat untuk negara. Abraham Lincoln
  • Jangan fikir masa lampau atau masa depan tetapi tawanlah saat itu. - Pascal
  • Apabila anda mendapat sesuatu, anda juga akan kehilangan sesuatu.
  • Setiap minit anda marah, anda akan kehilangan enam puluh minit kegembiraan. - Ralph Waldo Emerson
  • Semakin hebat suatu tekanan, semakin hebat potensi yang mampu dilahirkan. - Carl Jung
  • Sesiapa pula yang berani mencuba harus menerima risiko kejatuhan. - Smollet
  • Cari penyelesaian bukannya alasan. - Henry Ford
  • Lebih baik mengerti sedikit daripada salah mengerti. - Anatole France
  • Apa yang ada di kepada lebih penting daripada apa yang ada di kaki.
  • Untuk melihat negara pada masa depan, lihatlah pemudanya hari ini. - Syaidina Ali
  • Apabila satu peluang tertutup, satu peluang lain terbuka. - Graham Bell
  • Kita akan menjadi seperti apa yang kita fikirkan. - Kopmeyer
  • Lambat laun kamu akan lakukan apa yang kamu fikirkan sebenarnya. - Peribahasa Jepun
  • Daya cipta dapat menyelesaikan hampir semua masalah. - George Lois
  • Bercakap tanpa berfikir seperti menembak tanpa sasaran. - Fuller
  • Jika kita melupai sejarah, kita pasti akan mengulanginya. - George Satayama
  • Kita sering gagal jika takut untuk mencuba. - William Shakespeare
  • Kamu tidak akanmengetahu diri kamu yang sebenar sehingga kamu mengetahui kebenaran. - Pearl Bailey
  • Pemimpin ialah seseorang yang kakinya di bumi tetapi akalnya di awan. - Abraham Lincoln
  • Orang luar biasa sering memikirkan kemurnian. Orang biasa sering memikirkanb kesenangan. - Confucious
  • Cara terbaik untuk melarikan diri daripada masalah adalah dengan menyelesaikannya. - Alan Saporta
  • Saat ini kita tidak boleh duduk diam, lalai biar untuk sehari, seminit atau sesaat hingga ke saat akhir. - Barrack Obama
  • Jika anda jatuh buat kali ketujuh, bangunlah buat kali kelapan. - Pepatah Jepun
  • Gantunglah citamu di bintang Suraya biarpun kakimu berpijak di bumi. - Pepatah Arab
  • Orang yang bijaksana sentiasa dilanda kebimbangan.- Zhuang Zi
  • Tabiat baik jadikan teman, tabiat buruk jadikan musuh.
  • Manusia dilahirkan untuk berjaya bukannya untuk gagal. - Henry Thoreau
  • Rahsia utama untuk berjaya ialah percaya pada diri sendiri. - Emerson
  • Penaklukan diri sendiri adalah kesenangan paling besar. - Plato
  • Jika kamu tua berilah nasihat, jika kamu muda terimalah nasihat. - Pepatah Inggeris
  • Orang yang bijaksana mampu menukar peluang kepada kejayaan.
  • Cara terbaik untuk bertahan adalah dengan menyerang. - Alex Ferguson
  • Akar ilmu pengetahuan pahit, tetapi bunganya manis.
  • Berhati-hatilah terhadap orang yang tidak pernah marah. - Abu Dzar
  • Kemuliaan hati ialah memberi maaf atas kesalahan kawan-kawannya. - Al-Fudhail Iyadh
  • Kegagalan itu hanyalah kekalahan sementara tapi kekecewaan adalah kegagalan yang kekal. 
  • Kegembiraan bukan pemberian fikiran tetapi pemberian hati. - Jean Paul
  • Orang yang bahagia itu ialah orang yang mengambil pengajaran daripada orang lain. - Ibn Mas'ud
  • Kebanyakan manusia itu mengutamakan dosanya dan menunda-nunda taubatnya. - Ibn Abbas
  • Jika anda dalam keadaan marah, janganlah anda inginkan kebijaksanaan. - Ibn Sina
  • Bencana akibat kebodohan ialah sebesar-besar musibah kepada masyarakat. - Imam Ghazali
  • Fikiran akan tumbuh jika digunakan dan akan surut kalau dibiarkan begitu saja. - Imam Syafie
  • Menguasai diri ialah anak kunci segala kemajuan dan kebahagiaan. - Inayat Khan
  • Tuntutlah ilmu sebagaimana ibu mencari anak tunggalnya yang hilang. - Hamka
  • Segala persoalan hendaklah dikupas dengan hati panas tetapi kepala hendaklah tetap dingin. - Hatta
  • Semiskin-miskin manusia ialah mereka yang kekurangan budi pekerti. - Griffith Taylor
  • Masyarakat yang bermegah dengan kegemilangan sejarahnya ialah masyarakat yang sudah menjadi mundur dan tidak lagi berbangga dengan keadaan sekarang. - Dr. Mahathir

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III