ANALISIS MERINGKAS 2012...!
PMR 2012 sudah lama berlabuh. Kini tiba masanya untuk calon-calon PMR 2013 memerahkan otak, bersengkang mata mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi PMR pada bulan Oktober nanti.
Ok…. sambil-sambil memilih chanel tv tu, bagaimana jika kita berbincang sedikit sebanyak tentang jawapan BM2, soalan bahagian A(i), meringkaskan karangan BM2 (2012).
Pada pandangan cikgu, soalan ringkasan pada tahun lepas sangat mudah kerana petikannya mengutarakan topik yang sangat ‘biasa’ dengan pelajar-pelajar iaitu kepentingan kokurikulum. Rasa-rasa cikgu, semua pelajar arif tentang kokurikulum. Di samping petikan yang tidak ‘berbelit-belit’, isi-isi iaitu kepentingan kokurikulum senang dikesan. Terdapat 8 ini yang diutarakan dalam petikan tersebut, antaranya:-
- Melahirkan insan yang seimbang dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani.
- Menjadi salah satu syarat kemasukan murid ke Institusi Pengajian Tinggi.
- Masa lapang murid dapat dimanfaatkan dengan aktiviti yang sihat.
- Melatih mereka untuk mempraktikkan nilai-nilai kemasyarakatan.
- Membantu murid dalam mengurangkan tekanan akibat proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
- Menyemai bakat kepimpinan/kepemimpinan dalam kalangan murid.
- Potensi murid dalam bidang ini dapat dicungkil.
- Mewujudkan perpaduan kaum.
Calon-calon hanya perlu memilih 5 isi sahaja ketika menulis ringkasan. Cuma yang dibimbangkan ialah kecenderungan calon yang suka mengubah isi di atas dengan cara menggantikannya dengan perkataan lain atau meninggalkan sebahagian daripadanya.
- Secara peribadi cikgu mencadangkan agar pelajar-pelajar mengemukakan sekurang-kurangnya 7 isi.
Contohnya, bagi isi yang pertama iaitu:-
- Melahirkan insan yang seimbang dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani. > 2 markah.
Kemungkinan ada calon mengubah isi di atas menjadi:-
- Melahirkan insan yang seimbang dari semua aspek. – SALAH > 0
- Melahirkan insan yang seimbang dari segi mental dan fizikal. SALAH > 0
- Melahirkan insan yang seimbang dari segi mental, fizikal dan emosi. SALAH > 0
RINGKASNYA:-
- Calon janganlah mengubah isi yang terdapat dalam petikan.
- Calon perlu menyalin isi secara keseluruhan.
- Calon dinasihatkan jangan cuba-cuba menggantikan perkataan dalam ayat isi dengan perkataan-perkataan lain walaupun perkataan itu ‘sama’ maksud.
Comments
Post a Comment