KALA DAN KALI...!

Penggunaan kata 'kala' dan 'kali' sering menimbulkan masalah kepada pengguna bahasa Melayu. Kebanyakan daripada mereka tidak begitu faham cara penggunaan  kedua-dua patah perkataan di atas. Maka sering kita temukan kesalahan ejaan seperti di bawah:-
  • seringkali
  • kerapkali
  • acapkali
  • kadang kala
  • sedia kala
  • tat kala
  • purba kala
  • dahulu kala dan lain-lain.
SEBENARNYA penggunaan 'kala' hendaklah dirapatkan manakala 'kali' pula hendaklah dijauhkan. Lihat contoh penggunaan ejaan yang betul:-
  • kadangkala
  • tatkala
  • sediakala
  • dahulukala
  • purbakala
  • sering kali
  • kerap kali
  • acap kali
  • tiga kali
  • lain kali

Comments

Popular Posts