ESEI: FAEDAH MENJADI PENGANJUR KEJOHANAN SUKAN...!



  • penganjuran sukan bertaraf antarabangsa mampu meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa
  • penganjuran sukan bertaraf antarabangsa mampu meningkatkan pendapatan negara melalui tukaran wang asing
  • penganjuran sukan bertaraf antarabangsa mampu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong asing ke Malaysia
  • penganjuran sukan bertaraf antarabangsa menyebabkan banyak pembinaan arena pertandingan yang  akhirnya boleh digunakan oleh masyarakat Malaysia
  • penganjuran sukan bertaraf antarabangsa berupaya memberi pendapatan sampingan kepada penduduk setempat
  • penganjuran sukan bertaraf antarabangsa memberi peluang kepada atlet tempatan bersaing dengan atlet luar negara yang sekali gus mampu meningkatkan pencapaian mereka.
  • penganjuran sukan seperti ini juga dapat memajukan industri yang berkaitan dengan sukan.
  • penganjuran ini juga boleh membantu meningkatkan hubungan diplomatik antara negara yang mengambil bahagian.
  • penganjuran sukan ini juga dapat mengetengahkan segala aspek berkaitan negara di peringkat antarabangsa.
  • penganjuran sukan ini dapat membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.
  • penganjuran ini juga dapat meningkatkan jati diri, semangat sukan, semangat patriotik, kerjasama dalam kalangan warganegara Malaysia.
  • Penganjuran sukan ini dapat mempopularkan produk-produk negara terutamanya barangan kraf tangan yang biasanya menjadi cenderamata untuk dihadiahkan kepada ahli sukan dari seluruh dunia.
  • Penganjuran sukan bertaraf dunia mampu membuka mata masyarakat dunia akan kebolehan rakyat Malaysia menjadi tuan rumah acara sukan paling berprestij.

Comments

Popular Posts