HIKAYAT INDERAPUTERA...!

SINOPSIS
  • Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. 
  • Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. 
  • Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. 
  • Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksasa di tasik itu namun Inderaputera tidak berasa gentar. 
  • Kemudian keluarlah raksasa dari tasik. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksasa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan mencengkam rambut raksasa. 
  • Raksasa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksasa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. 
  • Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.
  • Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksasa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. 
  • Raksasa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksaksa. 
  • Tuan puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut.
  •  Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. 
  • Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor garuda dan seekor raksasa yang terlalu hebat. 
  • Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera. 
TEMA
  • Pengembaraan seorang anak raja
Inderaputera sangggup menghadapi segala rintangan untuk sampai ke Berma Sakti bagi mendapatkan batu gemala hikmat.
Sumber: BPK

Comments

Popular Posts