LATAR MASYARAKAT NOVEL 6:20...!

Latar masyarakat merujuk keadaan sesuatu masyarakat yang terlibat dalam perjalanan plot cerita meliputi aspek budaya, tingkah laku, pekerjaan, pemikiran, kepercayaan dan jantina.
Latar Masyarakat
Huraian
Masyarakat pelajar universiti
Sukma, Rafiq, Teja, Jerry, Alvin dan Iskandar ialah pelajar universiti yang masih remaja.

Masyarakat golongan elit
Keluarga Sukma dan keluarga Rafiq termasuk dalam golongan elit. Ayah Sukma ialah pemimpin masyarakat, ibunya berpelajaran tinggi. Ayah Rafiq ialah orang kaya dan berpengaruh di kawasan itu.
Masyarakat yang mudah terpengaruh
Iskandar, Jerry dan Reny terpengaruh dengan konsep kebebasan mutlak yang diperjuangkan oleh Kelab WX2. Mereka aktif menggerakkan agenda kumpulan tanpa berfikir secara rasional.
Masyarakat yang salin bekerjasama
Sukma, Jerry, Alvin, Rafiq, Iskandar dan Haji Syaqir saling bekerjasama membanteras kegiatan Kelab WX2

Masyarakat bijak
Sukma sering menjadi tempat rujukan Teja dan rakan-rakan apabila mereka kurang jelas tentang sesuatu konsep. Rafiq yang menjadi pelajar cemerlang ketika menuntut di luar negara memberikan ceramah di dalam bilik kuliah.

Comments

  1. peristiwa yg menunjukkan kerjasama ada??latar masyarakat

    ReplyDelete
  2. masyarakat yg prihatin ada ?

    ReplyDelete
  3. Sukma prihatin terhadap penglibatan kawan-kawannya iskandar, Reny dan Jerry dlm kelab WX2 dengan menyiasat kegiatan kelab tersebut krn tidak mahu kawan-kawannya terpengaruh dan menjadi mangsa. <33

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts