ESEI: KELEBIHAN DISIPLIN...!
Soalan: Disiplin mampu melahirkan manusia hebat. Bincangkan.
PENDAHULUAN:-
- Menjadi remaja yang hebat bukanlah satu perkara yang mudah. Jalan yang bakal ditempuhi bukanlah dibentangkan dengan karpet merah, tetapi ditaburi dengan onak dan duri.
- Untuk menjadi seorang remaja yang hebat, terkehadapan, cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi nyata memerlukan pengorbanan.
- Antara pengorbanan yang sukar ialah disiplin.
- Apakah yang akan muncul di dalam minda kita apabila disebut perkataan 'disiplin'? Peraturan...! Ya, kebanyakan daripada kita tidak gemar dengan peraturan.
- Kita rasa terkongkong, terpenjara, dikawal dan sebagainya. - Itu tak boleh, ini tak boleh, dan begitulah kita memandangnya.
- Namun, perasaan sebeginilah yang sepatutnya dihapuskan remaja.
- Perasaan inilah yang mengikat remaja daripada mengeluarkan potensi dirinya yang sebenar.
- Kehebatan seseorang itu terikat dengan perasaan bahawa dia terkongkong jika hidup dikawal peraturan.
- Disiplin alam semesta yang sempurna telah mewujudkan kesempurnaan sistem kehidupan dunia.
- Lihatlah, bagaimana berdisiplinnya bumi mengikuti perintah Ilahi; untuk kekal berputar di atas paksinya, bergerak di atas laluan orbitnya, dan tidak sesekali melanggarnya.
- Lihatlah betapa berdisiplinnya matahari untuk kekal di tempatnya.
- Lihatlah bagaimana berdisipinnya kitaran-kitaran yang wujud di alam ini; seperti kitaran air, kitaran tumbuh-tumbuhan, kitaran haiwan dan banyak lagi contoh disiplin yang di sekeliling kita.
- Ketaatan dengan akur akan diisiplin yang ditetapkan menjadikan sistem alam semesta ini memperoleh kesempurnaan yang hakiki.
- Cuba bayangkan jika bumi, matahari, bulan sesuka hati bergerak ke mana-mana? Maka jawapannya sudah pasti sistem alam semesta ini akan hancur.
- Disiplin menjadi seseorang itu yang hebat, terkehadapan, cemerlang, gemilang dan seumpamanya. Seseorang remaja perlu memiliki disiplin atau akur akan disiplin yang diwujudkan demi menjadi insan yang terbaik.
- Disiplinkan waktu seharian kita; Bila waktu bermain, belajar, mengulang kaji, berehat, tidur dan sebagainya? Pastikan waktu dibahagi dengan betul dan relevan agar remaja apat mengoptimumkan penggunaan waktunya dan tidak sesekali membazirkan masa.
- Disiplinkan diri dengan menjauhi unsur-unsur yang negatif; jauhilah sesuatu yang boleh merendahkan minda, perkara yang tidak mendatangkan manfaat dan membazirkan masa. Memang perkara sebegitu menyeronokkan, tetapi itulah yang perlu dikorbankan sekiranya kita benar-benar mahu menjadi remaja yang terhebat.
- Disiplinkan diri dalam beribadah; remaja perlu sedar bahawa kekuatan tidak muncul melainkan dengan keizinan daripada Allah SWT. Maka amat penting remaja menitikberatkan soal ibadat mereka. Solat pada awal waktu, khusyuk dalam sembahyang, membaca al-Quran, taat akan ibu bapa dan lain-lain. Remaja yang berdisiplin dalam beribadat akan mampu menjadi remaja yang unggul dan cemerlang.
- Disiplinkan diri ketika di sekolah; akur akan peraturan sekolah akan menjadikan kita pelajar yang berakhlak, berwatak positif; disayangi orang; mewujudkan suasana yang kondusif dalam pembelajaran. Remaja sebegini biasanya akan menjadi pelajar yang cemerlang akademik dan sahsiah.
- Kesimpulannya disiplin bukan penjara kehidupan insan yang bergelar remaja sebaliknya disiplin sebagai prasyarat untuk para remaja mencipta kegemilangan dalam kehidupan.
- Tanpa disiplin, remaja akan menempuhi kesukaran dalam kehidupan.
- Remaja perlu mengorbankan keseronokan demi mencapai kejayaan.
Comments
Post a Comment