MAKNA IMBUHAN PINJAMAN...!

Seniman P. Ramlee
Imbuhan pinjaman bahasa Sanskrit amat popular penggunaannya dalam bahasa Melayu. Tidak seperti imbuhan asli bahasa Melayu, imbuhan pinjaman bahasa Sanskrit mempunyai makna tertentu. Sila perhatikan fakta di bawah:-
  • maha  >  paling atau tahap/darjah terbesar, tertinggi atau teragung; contohnya maha besar, maharaja.
  • tata  >  susunan atau peraturan; contohnya tatabahasa, tatacara, tatatertib, tatanegara, tatasusila.
  • swa  >  sendiri; contohnya swalayan, swasta, swadaya.
  • eka  >  satu; contohnya ekabahasa, ekakata, ekamatra.
  • dwi  >  dua; contohnya dwibahasa, dwitahunan, dwifungsi, dwibulanan.
  • tri  >  tiga; contohnya tribulanan, trisuku.
  • panca  >  lima; contohnya pancaindera, pancasila, pancasitara.
  • wan  >  tugas/jawatan, pelaku sesuatu pekerjaan; contohnya karyawan, angkasawan, sejarawan.
  • wati/nita  >  wanita; contohnya seniwati, biduanita, karyanita.
  • man  >  tugas/jawatan, pelaku sesuatu pekerjaan, sifat; contohnya seniman, budiman.

Comments

Popular Posts