KA(e) + AKAN ...!
Kata adjektif emosi [KA(e)] sering digunakan secara tidak gramatis oleh banyak pelajar. Antara kesalahan yang dilakukan adalah seperti:-
- menggunakan akhiran -kan ( sukakan, rindukan, sayangkan, kasihankan, bencikan ....)
- menggunakan kata sendi nama lain selain akan ( rindu dengan, benci kepada..... )
Kata adjektif emosi [KA(e)] TIDAK boleh diberikan/digunakan bersama-sama dengan imbuhan akhiran -kan. Lihat contoh kesalahan penggunaan [KA(e)] dan pembetulannya.
KESALAHAN:-
KESALAHAN:-
- Emak sentiasa menangis kerana rindukan anak perempuannya di perantauan.
- Demi cintakan negara, saya sanggup berkorban nyawa.
- Ayah lebih sayangkan adik.
- Emak sentiasa menangis kerana rindu akan anak perempuannya di perantauan.
- Demi cinta akan negara, saya sanggup berkorban nyawa.
- Ayah lebih sayang akan adik.
Selepas penggunaan KA(e) ini juga, kata sendi nama yang paling tepat digunakan ialah akan. Contoh penggunaan KA(e) yang tidak gramatis:-
- Emak begitu sayang dengan kedua-dua orang anaknya. X
- Kamu mesti taat dengan perintah Allah. X
- Semua pekerja sangat hormat terhadap ketua mereka. X
Comments
Post a Comment