MEMPAMERKAN / MEMAMERKAN...!

Adakah pelajar-pelajar menghadapi masalah tentang sistem ejaan rumi baharu seperti memilih sama ada ejaan mempemerkan atau memamerkan yang betul? Jika ada, hal ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar belum begitu memahami proses pengimbuhan khususnya kepada kata-kata pinjaman.

Sebenarnya semua kata asli bahasa Melayu yang bermula dengan huruf 'p' apabila menerima imbuhan awalan meN-, huruf 'p' tersebut digugurkan. Lihat contoh proses pengimbuhan di bawah:-
  • pasang + meN-  > memasang
  • padam + meN-  > memadam
  • pakai + meN-  > memakai
  • pukul + meN-  > memukul
  • pasti + meN-  > memasti
  • pusing + meN  > memusing
Bagi proses pengimbuhan kata pinjaman dari bahasa Inggeris, Jawa, dan lain-lain yang bermula dengan huruf 'p' apabila menerima imbuhan awalan meN-, huruf 'p' tadi terus dikekalkan. Lihat contoh proses pengimbuhan di bawah:-
  • proses ( bahasa Inggeris ) + meN-  > memproses
  • protes ( bahasa Inggeris ) + meN-  > memprotes
  • praktik ( bahasa Inggeirs ) + meN-  > mempraktik
  • pasif ( bahasa Inggeris ) + meN-  > mempasif
  • pamer ( bahasa Jawa ) + meN-  > mempamer
Kesimpulannya ejaan yang betul ialah mempamerkan bukannya memamerkan.

Comments

Popular Posts