BENTUK KATA KERJA...!


  • Kata kerja ialah kata yang merujuk sesuatu perbuatan yang dilakukan.
  • Terdapat 4 bentuk kata kerja, iaitu:-
  1. Kata Kerja Tunggal
  2. Kata Kerja Terbitan
  3. Kata Kerja Majmuk
  4. Kata Kerja Ganda
Kata Kerja Tunggal 
  • Kata kerja yang terbentuk tanpa imbuhan.
  • Contoh; pukul, tembak, makan, tidur, datang dll.
Kata Kerja Terbitan
  • Kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan kata dasar.
  • Imbuhan terdiri daripada awalan, apitan, akhiran dan sisipan.
  • Contoh; dipukul, terbawa, hancurkan, bertemankan, memainkan, ,mewarnai, dll.
Kata Kerja Majmuk
  • Kata kerja yang terbentuk daripada dua morfen bebas atau perkataan lain yang membentuk makna tersendiri.
  • Kebanyakannya kata kerja majmuk terdiri daripada dua kata yang dieja terpisah, contohnya peras ugut, pukul rata, makan gaji, temu duga, tunjuk ajar, bertolak ansur dll.
  • Hanya sedikit sahaja kata kerja majmuk yang dieja rapat, contohnya kerjasama, tanggungjawab, purata dll.
Kata Kerja Ganda
  • Kata kerja yang terhasil melalui proses penggandaan sama ada penggandaan penuh,separa ataupun penggandaan berirama.
  • Contohnya tidur-tidur, makan-makan, main-main, termimpi-mimpi, tembak-menembak, mandi-manda dll.

Comments

Post a Comment

Popular Posts