CERAMAH BM DI TOK BALI...!
Petang tadi cikgu terpaksa sekali lagi menempuhi perjalanan yang agak jauh untuk memenuhi undangan ceramah oleh SMK Gaal, Pasir Puteh. Ceramah pada kali ini telah diadakan di D'Muara Resort, Tok Bali yang jaraknya hampir 40 km sehala. Perjalanan pada waktu petang selepas masa persekolahan begitu meletihkan. Namun, kerana keinginan untuk berkongsi ilmu, cikgu gagahi juga segala aral melintang....
Ceramah yang bermula jam 4.00 petang berjalan lancar dan cikgu dapati semua pelajar yang terlibat begitu teruja, dan bersemangat untuk mengikuti segala tunjuk ajar yang diberikan.
Tahniah dan selamat berbengkel kepada guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Gaal selama 3 hari 2 malam di D'Muara Resort, Tok Bali.
Comments
Post a Comment