SEDONDON / SEDONDONG...!


Sedondon atau sedondong?
Setelah merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, di muka surat 361, cikgu telah menemukan kedua-dua patah perkataan di atas. Cuba bandingkan makna kedua-dua patah perkataan tersebut:-
  • dondon bermaksud warna atau corak.
  • sedondon pula bermaksud sama warna atau sama corak - pakaian yang sama warna atau corak.
  • dondong bermaksud nyanyian untuk menidurkan anak, mendodoikan.
  • mendondong pula bermaksud menyanyikan lagu untuk menidurkan anak, mengulitkan anak.
Jadi adalah SALAH jika penggunaan dondong dalam ayat di bawah:-
  • Keluarga itu memakai pakaian yang sedondong pada hari raya yang lepas.   X  
SEPATUTNYA begini
  • Keluarga itu memakai pakaian yang sedondon pada hari raya yang lepas.   /

Comments

Popular Posts